Sunday, May 14, 2017

Of curry puffs and a Sunday.


Young people needs to learn patience. As I grow older, I treasure that patience is acquired, nurtured and very practical. I valued that patience, the same as wisdom, is priceless. Some things will mellow down with time, but some others will just clearly build up.

Quoted from among my most-referred scholar,

Sabr is not remaining quiet and allowing anger to build up inside you. Sabr is to talk about what's bothering you without losing control of your emotions.

Patience or sabr is just one thing. Inevitably I have a lot more to learn. Today, mak and I made curry puffs. To be honest, mak did most of the things. I just learn the kelim (folding the edges to seal). As expected, the curry puffs turned out to be as below. Mine is on the top, maks is of course the latter one.


Again, did I really ever learn anything today? Sure. Not only making curry puffs. Not only patience. I learn to realise that I have so many sides that I will need to improve, that I may not be ready to be someone's partner in any time soon, let alone be a mother. But I am sure to want to be one someday. In the end, I realise that Allah's plan is the best and I will always try to be grateful of all the things He blessed me with. Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Today I decided not to wish mak mother's day. I might not tell her, but I wish she know that I am just very very very grateful to have her as my mother. Of all the things she said and did, say and do, will say and do, I always love her and admire her. She is indeed not perfect, but she is my bench mark to my future self and she will always be the love of my life.

No wish today, but a longer prayer for you, mak. May Allah grant all my wish. Allahumma ameen.

Sunday, April 30, 2017

Bermusim berlalu.


Bermusim berlalu, tapi ada yang tak akan pergi dari hati.

Hari ni aku menghantar pesanan kepadanya lagi. Aku tahu dia tak akan boleh baca, malah dia tak akan pernah tahu betapa banyaknya pesananku yang tak akan pernah berbalas. Hanya saja mesej privasi ini membuatku seperti berbual dengannya. Yang pergi tak akan kembali. Yang lain pula pasti bakal menyusul.

Aku mengerti, syahid itu kekal hidup di sisi Allah swt. Itu yang aku harapan untukmu. Semoga selalu dalam rahmahNya bintang syurga yang kukasihi :)

Monday, April 3, 2017

Sepekan lalu.

 
Genap sepekan yang lalu, Cik Ana berpergian lagi ke Mahkota Segiempat untuk bertemu dan diduga. Kali ini perasaannya berbeza, harapannya juga berbeza. Benarlah Allah yang maha membolak-balikkan hati. Yang dibenci boleh dicinta. Yang tidak diharapkan boleh jadi amat diharapkan. Apa juga keputusannya kelak, resmi seorang petarung tidak akan mundur selagi belum mencuba. Itulah pegangan lumat Cik Ana.
 
Di medan pertarungan, Cik Ana bertemu dan diduga oleh Puan Tan Sri dan Tuan Doktor (tiada lagi Pakcik Datuk dan Pakcik DO). Pertemuan yang singkat, tetapi masih segar di ingatan hingga ke hari ini.
 
Puan Tan Sri: Silakan duduk Cik Ana. Perkenalkan diri, latar belakang keluarga dan pendidikan Cik Ana.
 
Puan Tan Sri: Apakah beza sistem pendidikan di tempat Cik Ana mengaji dengan sistem pendidikan tanah air tercinta?
 
Puan Tan Sri: Mengapa Cik Ana mahu menyertai bidang pengurusan dan keluar daripada bidang penyelidikan? Pada pandangan Cik Ana, mengapakah ahli sains di tanah air tercinta tidak mencapai taraf antarabangsa?
 
Tuan Doktor: Bagaimanakah prestasi Cik Ana di tempat mengaji?
 
Puan Tan Sri: Apakah sukan yang Cik Ana ceburi?
 
Tuan Doktor: Apakah komponen yang paling mencabar di kampung PAC? Mengapa?
 
Tuan Doktor: Apakah kayu ukur sesebuah kejayaan bagi Cik Ana? Boleh berkongsi apakah yang ingin dicapai oleh Cik Ana dalam hidup ini?
 
Puan Tan Sri: Mengapa Cik Ana rasa kami perlu memilih Cik Ana? Adakah membanting tulang di dalam makmal menghadkan kebolehan Cik Ana?
 
Sekian saja catatan diari Cik Ana untuk kali ini. Semoga Allah bukakan jalan yang terbaik.
Allahumma ameen..