Monday, December 28, 2009

defeated. again !!!

maap ye teman2. ni je gmbr yg available.


alhamdulillah selamat balik dari kem. kem kepimpinan mahasiswa kk3 o9/10 di kem desa selesa, tanjung malim, perak. best. no doubt. walaupun saya kira x ramai yang datang. umph..!!

banyak benda baru yang saya dapat. tapi sayang. satu benda lama yang susah saya nak lepaskan. rasa malu untuk cakap depan public. outspoken. benci!!! saya x tahu kenapa susah nak jadi outstanding ni. setiap kali nak jadi volunteer mesti x jadi punye. padahal nampak macam senang je. tapi x dapat buat jugak. rasa malu kali. ish. geram!!!



mungkin lepas ni patut ambil kursus komunikasi dan pertuturan. kecewa dikalahkan diri sendiri.
sengal!!!



tapi satu perkara lagi yang masih perlu betul2 dipertimbangkan. nak ke x nak?? x nak ke nak?? konfius. ragu2. hmm...

Saturday, December 26, 2009

monolog raja shahriman.







oh ye. hari tu jalan2 kat klcc. memandangkan x dapat nak membazir duit *poket dh kering* , pergi la ke pameran seni ni. FOC (free of charge) . hehe. memandangkan saya totally bukan orang seni, benda ni memang x menarik perhatian =.='

wedding ring.

gambar x clear
Satu lagi cerita yang xkan saya lupa. Cincin kawen mak yang saya dah hilangkan mungkin dah 4 tahun, dijumpai oleh maksu di belakang mesin basuh. Alhamdulillah. Sungguh syukur yang amat. Mungkin cincin tu masih rezeki kami dan Allah pertemukan semula. Wallahu’alam..
Sekarang, saya dah boleh pakai cincin lain tanpa rasa bersalah. Bagi mereka yang tahu, terima kasih sebab gembira bagi pihak saya. Thanx to both of u t0o maksu *oh ye maksu saya kembar* .

buku lagi. buku lagi.




Buku idaman saya sepanjang 2009. Alhamdulillah berjaya dimiliki. I’m thrilled in ecstasy. What else could i say? I’m a very happy girl. Ngee~

Friday, December 18, 2009

ikan2.

chocolate house kt ruang legar klcc

ikan2.

ok saya memang suka makan ikan. tapi ni bukan pasal suka makan ikan atau x. tadi x dapat join reunion cattleya. huhu. senasib macam gathering famili ceria gak. huhu. xpe laa. dah bukan jodoh kali. tapi tadi sempat jugak jalan2 di klcc walaupun kejap je. asar pn lewat. nasib baik sempat. fuhh.

sempat la gi aquaria klcc. oh ye ni baru pasal ikan. best2. dah lama x gi tempat2 camni. last dulu masa form 4 kat aquaria langkawi. walaupun hampir semua benda sama je kat dua2 aquaria, suke gak. plus, dapat ingatkan diri mengenai kekuasaan Allah yang Maha Pencipta. subhanallah. alhamdulillah. allahuakbar.
tapi yang sedihnye x dapat gi kinokuniya. melepas shopping spree. memoirs of a teenage amnesiac. nantikan daku. oh xpe laa. insyaAllah ade masa lagi.

Thursday, December 17, 2009

tahun baru. azam lama. azam baru.

salam maal hijrah. 1431 hijrah. alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk melalui satu lagi awal muharam. moga2 kebaikan bertambah seiring tahun yang mendatang ni. insyaAllah.

dah baca doa akhir tahun ke belum?? doa awal tahun??

ok2. ape2 pun mari kita sama2 perbaiki amalan. mengelokkan sahsiah. touch up paradigma diri. make up mana2 yang patut. azam tahun lepas yang x tercapai, teruskan. azam tahun baru pulak, biarlah yang berpatutan. aim untuk jadi muslim yang lebih sukses. bersama menuju kesempurnaan. iye. fight-oh uh!!!

first timer.

oh title lebih kurang macam entri yang dulu. abaikan.

alhamdulillah selamat sampai ampang. hari ni x gi mana2 pun. so agak boring laa. alih2 online jugak. first timer?? title pun macam pelik je.

sebenarnye first time pakai P1 W1MAX ni. almaklumlah makngah dah x pakai broadband. pakai servis ni pulak. oh xde la menarik mana. lebih kurang macam streamyx kat rumah je. iklan je yang bunyi super gempak. xpe laa. asal boleh guna sudah. alhamdulillah.

first time jugak semangat tengok bola *xde la smgt mne pn. sbb boring je tu* . hehe. bising satu rumah ni. hehe. biasa la laki kalau tengok bola. kecoh. final malaysia v/s vietnam pulak tu. lagi2 dapat emas. plus, de kembar hensem yang main *yg name adha2 tu* . gegak gempita rumah ni. abaikan. tapi jangan tinggal solat ye..!!

Wednesday, December 16, 2009

hari terakhir di rumah.

hari ni menghabiskan masa sepuas-puasnye kat rumah. x keluar pun. waahh. tido pun melebihi yang biasa. memandangkan esok akan memulakan perjalanan merentas famili. ok dah mula melalut. kl - putrajaya - perak - kl. destinasi terakhir, kolej kediaman ketiga universiti malaya a.k.a. kurshiah. huhu. x sampai sebulan pun cuti di rumah. oh xpe la. anggap sebagai denda. moga2 perjalanan kami esok dipermudahkan. insyaAllah..

jati diri.

oh ye. cuma teringat motivasi dr. latifah masa kelas jati diri pasum dulu.

"we devote countless hours, thinking about ourselves. many of us are great
at trying to set our goals but most of us are incapable of following through
them. this is pretty much the norm for most people. so, clear on your
goal."

oh baiklah dr. latifah. terkena pulak kat batang hidung sendiri. muhasabah diri semula.

dear friends.

searching for words of wisdom for you guys..

let me be the one you call.
if you jump,
i'll break your fall.
if you need to fall apart,
i'll try to mend a broken heart.
if you need to crash,
then crash and burn,
cause you're not alone.

"shoot" bak kata saifullah besar dan atikah dalam novel terasing...hehe

saya mungkin x pandai memberi kata2 atau nasihat yang baik. tapi insyaAllah saya pendengar yang setia. saya tahu kamu tahu.

success.

the road to success is not straight
there is a curve called failure
a loop called confusion
speed bumps called bad friends
red light called enemies
caution light called family
you will have flat tyre called jobs
but,
if you have a spare wheel called determination
an engine called perseverance
insurance called faith
a driver called God
insyaAllah
you will make it to a place called 'success'
AMIN

Tuesday, December 15, 2009

sempurna.

 
mula2 skali bukan pasal lagu sempurna ye. sebenarnye saya baru balik dari sempurna resort tengahari tadi. emm nama je sempurna. tapi xde la sempurna mana pun. sampai mak sanggup drive balik semula tidur di rumah semalam dan datang semula pagi tadi sebab adik nak mandi kolam punya pasal. hehe. memang kelakar. on the way balik rumah asyik cerita pasal resort-yang-x-sempurna mana ni. oh ye. kalau ayah ikut sekali mesti ayah pun nak balik *mak pn cakap camtu* .

ok abaikan. pagi tadi lepas breakfast, saya xde ape2 nak dibuat selain teman adik mandi kolam. laptop pun x bawak. jadi la penunggu setia depan tv dengan rasa bosan tahap boleh tido semula walaupun baru pukul 9 pagi. oh x kesah laa. alih punya alih. saya stick dengan tv9. cerita ustaz zamri bercerita. oh best2. saya pun suka dengar ustaz zamri beri pengisian. tapi tadi beliau cerita pasal kepahlawanan. sirah zaman nabi. alhamdulillah. lama x belajar sirah.

antara cerita yang paling saya suka mengenai jaafar bin abi talib. sebenarnye masa di pasum dulu pun pernah dicerita. tapi nak refresh balik. diperihalkan sahabat nabi yang seorang ni berjuang bermati-matian untuk tidak menjatuhkan panji islam sewaktu berperang. walaupun kedua-dua belah tangan serta kaki kanannye terputus akibat dipotong oleh pihak musuh. oh ye, untuk pengetahuan bersama, jika sesuatu pihak kalah dalam peperangan, panji mereka akan dijatuhkan. sebab tu la jaafar bin abi talib setia menjalankan tanggungjawabnye walaupun terpaksa berkorban nyawa sendiri.

mungkin ramai yang dah tahu cerita ni. xpe la. moralnye, suka saya tekankan di sini, sifat bersungguh-sungguh dan x cepat putus asa. walaupun tangan dan kedua-dua belah tangan beliau dipotong, beliau masih sanggup mempertahankan panji islam agar x jatuh ke tanah. bagi kita yang baru dapat result ni, boleh la ambil pengajaran ye *pujuk dri sndri* . sekali jatuh, x bermakna kita akan jatuh selama-lamanye. insyaAllah sukses jugak satu hari nanti. oh ye. x kisah la result atau ape pun. cuba untuk bangun semula. walau ape pun yang terjadi, kepada Allah jugalah kita kembali. wallahu'alam...

Monday, December 14, 2009

nantikan daku.

alhamdulillah.. result sem 1 dah dapat.. syukur masih 3 ke atas.. walaupun x capai target (>3.5).. pasti ni yang terbaik.. mungkin Allah masih menguji saya dengan apa yang selalu saya perkatakan.. moga2 kita semua daripada golongan mereka yang bersyukur.. AMIN..

semester 2 menanti. dah daftar kos pun. hehe. ambil maksimum jam kredit. terasa xnak aktif lagi dalam kolej. huhu. harap2 semuanye ok untuk semua. insyaAllah. buat yang lebih baik. fight-oh uh!!!

Sunday, December 13, 2009

gathering.


tadi bukak facebook ade event RSVP daripada nedd. reunion famili ceria. x dapat join jugak gathering ni. kali kedua xleh gi. huhu. maap ye kawan2. i'm deadly serious wanna meet u guys. ye laa. 2 tahun x pernah bersua muka *eceh* . kat cyber space je. tapi nak buat camne. mungkin belum rezeki nak jumpa. kalau ade lain kali, insyaAllah...



also looking forward for cattleya hangout. tu pun x sure lagi. huhu. kalau dah jodoh kita jumpa k. wallahu'alam...


Thursday, December 10, 2009

lately.

2 - 3 hari kebelakangan ni agak membosankan. oh saya kira to-do-list saya untuk cuti kali ni kurang berkesan. saya juga berjaya *x hepi pun* menambah berat dan menternak lemak akibat kurang aktiviti fizikal. oh tiba2 rasa rindu nak lalui rutin student yang memenatkan tu *seyes x tipu* .



selain jadi penternak lemak yang sukses dan suri rumah separuh masa, cerita jepun yang di rekemen oleh kawan2 pun saya dah tengok. buku yang dibeli pun dah habis dibaca. oh ye lagi satu. frust sebab x jumpa buku "remaja mulia" kat kuantan ni. ura2 kata keluar awal disember. bayang2 pun x nampak, lagikan pulak empunya badan. oh xpe la. mungkin x keluar lagi.

tapi alhamdulillah jugak. akibat bosan yang x melampau ni, saya pun mula memunggah barang2 lama. risau jugak. kot2 la dah lama sangat sampai dah jadi penghuni binatang lain. huhu. naudzubillah.


hmm. punggah punya punggah *hiperbola* , saya jumpa magic box ni. oh ye dah lame x bukak. magic box ni tempat saya simpan barang2 kenangan pemberian mereka yang dihargai *cewaahh* daripada sekolah rendah sampai la sekarang. surat. kad. hadiah. keychain. gambar. bookmark. tag. pembalut coklat. pen. chopstick. buku program. dan oh macam2 lagi laa.

yang saya bersyukur sangat, semua ni membuatkan saya teringat semula kenangan2 lama. x lupa jugak kawan2 yang dah lama x kontek. mungkin dah lost kontek pun. mungkin masing2 sibuk. mungkin jugak salah saya yang terlupa kawan. memang pun. undeniable. gomen na.

semakin lama kita hidup, semakin ramai orang yang baru kita jumpa. semakin ramai kawan baru yang kita dapat. tapi tu x bermakna kita akan lupa kawan yang lama. oh maap ye kepada kawan2 yang dah lama x dihubungi. insyaAllah. call, text, email menanti. ganbatte kudasai.

p/s : x sabar nak tunggu reunion 5 cattleya...:)

Tuesday, December 8, 2009

sweet 18th.

7 dec 1991
selamat hari lahir buat anak pak cik azhar yang no. 2..semoga kebaikan bertambah seiring usia kamu..moga dapat yang terbaik dalam hidup dan sentiasa diredhai-Nya..tahniah dapat 4 flat lagi skali..i luv u la...:)

Sunday, December 6, 2009

sayang nak delete.

oleh sebab saya pakai handset motorola yang sengal ni, terpaksa delete banyak msg yang saya sayang. x banyak space nak save msg. pathetic. x teringat pulak nak post kat sini. tinggal satu ni je yang terselamat. huhu. tazkirah BroMC:

"Sahal bin Saad berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Bermula sesuatu yang baik ibarat peti besi dan setiap peti besi ada anak kuncinya. Maka berbahagialah bagi orang yang Allah jadikan dia sebagai anak kunci kebajikan dan penghalang kepada kejahatan. Sebaliknya celaka bagi seseorang yang menjadikunci kepada kejahatan dan penghalang kepada kebaikan"
H.R. Ibnu Majah.

moralnye, jom sama2 cuba jadi anak kunci yang baik. insyaAllah...

Thursday, December 3, 2009

banyaknye 'bee'.

syukur alhamdulillah pass sem 1. tapi sedih jugak. tipu la kalau kata x. result saya dipenuhi gred B. A pula x banyak. huhu. oh ye saya tetap bersyukur. mungkin ade lagi sahabat2 di luar yang dapat kurang lagi. tapi, x salah bukan kalau nak mengharap yang lebih baik?? cuma jangan salah guna la perasaan ni. berharap yang lebih baik agar kita dapat buat yang lebih baik untuk masa akan datang. push yourself forward. insyaAllah. sekarang masih menunggu result APK. yakin tanpa ragu dengan setiap ketentuan-Nya. fight-oh uh!!!

Wednesday, December 2, 2009

hari AIDS sedunia.

oh ye. sebenarnye hari AIDS sedunia ni disambut semalam *utk tahun ni la* . 1 disember setiap tahun. oho. baru tahu masa tengok MHI pagi semalam.

bermula dari tahun 1988, WHO telah mengisytiharkan 1 disember sebagai hari AIDS sedunia. setiap tahun mempunyai satu tema. tema tahun ni, yakni 2009, adalah " Bersama, Kita Adalah Penyelesaiannya" .

teringat pula zaman2 sekolah dulu. ade kelab prostar. x join pun. so, x tahu prostar tu ape. prostar = program sihat tanpa AIDS untuk remaja. o0oh.

semalam fahrin ahmad jadi artis undangan dalam slot untuk hari AIDS sedunia kat mhi ni. tapi nama puan yang lagi sorang tu x ingat laa. maap ye puan. hehe. tapi menurut puan ni, sejak daripada tahun 1986 sampai la sekarang, dah lebih daripada 80 000 rakyat malaysia yang disahkan menghidap AIDS. tu yang kementerian tahu je. yang x tahu konfem la lagi ramai betul x??

kat sini kalau nak cerita pasal AIDS pun, pasti ramai yang dah sedia maklum. lagi2 bagi mereka yang belajar subjek seperti biologi etc. so, x payah la nak cerita. cuma kat sini nak ingatkan kepada mereka yang x tahu. ambil tahu !!!

kita mungkin x sedar kalau ade di antara kita yang ade HIV. sebab HIV kalau makan perskripsi yang doktor bagi, kite memang xkan sedar kalau orang tu sakit. tapi kalau kita dah tahu, tolonglah jangan sisihkan mereka. memang senang nak cakap, tapi susah nak buat. tapi kalau kita betul2 ade ilmu pasal HIV dan AIDS ni, pasti. sure. kita tahu penyakit ni x berjangkit dengan mudah. influenza A H1N1 pun lagi cepat merebak tau !!! so, ambil tahu. ok??

p/s : semua yang kat atas ni adalah berdasarkan ape yang saya tahu. mungkin salah baca atau salah dengar. kalau ade yang nak buat rujukan, minta rujuk yang lebih baik ye. (^_^)v