Friday, August 31, 2012

puasa seumur hidup.


alhamdulillah. masih diberi kesempatan untuk melalui satu lagi ramadhan. tsumma alhamdulillah. taqabbalallahu minna wa minkum. selamat kembali kepada fitrah. moga beroleh kemenangan, insyaAllah.

so, masih berpeluang mendapat pahala berpuasa seumur hidup? eh? apakah? =.='

sudah berpuasa enam hari di bulan syawal?

sabda Rasulullah SAW :
Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya seolah-olah berpuasa selama setahun. 
(HR Muslim)

tapi kalau tiap-tiap tahun dapat laksanakan, logiknya pahala puasa tu ibarat x pernah putus hingga kita mati lah kan? wallahu'alam. moga Allah redha ^^

Wednesday, August 29, 2012

duta.


alkisah pada suatu hari di salah satu hentian di lebuhraya utara selatan,

cik adik sedang bersiap sedia untuk solat. pakaian? lengkap. aurat? settle. lalu solat didirikan. seusai solat, seseorang mendekati.

cik adik, kenapa solat x pakai telekung ni? sah ke?

eh xpe cik kakak. insyaAllah sah. syarat sah solat kan tutup aurat. bukan pakai telekung. x semestinya x pakai telekung tu solat jadi x sah. boleh pakai pakaian sendiri je asalkan aurat tertutup sempurna masa solat.

ye la. tapi cik adik, tu kan bukan kebiasaan kita kat malaysia ni. lain lah kalau kat negara arab tu.

emm xpe cik kakak. x semestinya yang biasa tu betul. yang x biasa tu salah. pakai telekung tu adat kita. tapi menjaga aurat tu ibadat, cik kakak. kita boleh betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. inysaAllah ok je.

akhirnya cik adik tersenyum lalu beredar.

cerita telah ditambah perisa secukupnya untuk menyedapkan telinga. sekian, terima kasih.

------------------------------------------------------------------TAMAT---------------------------------------------------------------------

insyaAllah, mahu bangga jadi muslim yang amalkan islam yang sebenar. mahu berani bercakap mengenai islam. x ambil jurusan agama bukan alasan untuk tidak berdakwah pada orang lain. title muslim telah mewajibkan kita untuk menyebarkan islam. moga Allah kuatkan kita atas ajalan ni. Allahumma ameen..

Tuesday, August 14, 2012

nun.


basmalah wa hamdalah.

alkisah perihal salah seorang utusan langit,

Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul yang diutus. Ingatkanlah peristiwa ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat. Dengan satu keadaan yang memaksa, maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah dia dari orang-orang yang kalah yang dicampakkan ke laut. Setelah itu dia ditelan oleh ikan besar, sedang dia berhak ditempelak. Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah, tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. Oleh itu Kami campakkan dia keluar dari perut ikan ke tanah yang tandus, di tepi pantai, sedang ia berkeadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan sebatang pokok yang berdaun lebar untuk melindunginya. Dan Kami utuskan kepada kaumnya yang seramai seratus ribu atau lebih. Setelah berlaku apa yang berlaku maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang ditetapkan bagi masing-masing.
(As-Saffat:139-148)

sambil TnT, recall kembali bed-time story zaman kanak-kanak dulu. dan x lupa. refleksi diri. bilamana kita lupa. putus asa menyeru ke jalanNya. rajuk x kenal rupa. dan sebagainya. Allahu..
i'm a sinner. ighfirli Ya Rabb..

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku.

T_T