Friday, September 27, 2013

semalam.


alkisah suatu hari bernama semalam,

cik ana berpergian untuk satu temuduga jawatan yang dipanggil pitidi. satu jawatan yang entah kenapa hangat diperkatakan ramai tetapi nampak gayanya tidak sesuai dengan cik ana. setelah sampai dan menunggu hampir dua jam, akhirnya cik ana dipanggil masuk untuk bertemu dan diduga oleh pakcik datuk dan pakcik do.

cik ana ketuk pintu dan bagi salam. pakcik-pakcik jawab salam, minta dokumen dan persilakan duduk.

pakcik datuk bertutur dalam bahasa inggeris, ramah, merendah diri dan seorang father-figure. manakala pakcik do bertutur dalam bahasa melayu dan berperwatakan agak tegas.


antara dugaan sepanjang bertemu,

pakcik datuk: kenapa cik ana nak jadi pitidi ni? cuba cerita apa yang pentingnya jawatan pitidi ni?


tanya pakcik datuk lagi: pakcik nak minta cik ana ulas salah satu antara empat topik ni; 1) blueprint pendidikan, 2) keusahawanan bumiputera, 3) harga minyak naik, 4) chin peng.


pakcik do: ok cik ana, boleh awak jelaskan kedudukan pitidi dalam kementerian negeri?


tanya pakcik do lagi: malaysia mengamalkan sistem pembahagian kuasa. boleh awak terangkan apa pembahagian kuasa ni? pernah dengar kan? kalau tak pernah dengar tak boleh jadi rakyat malaysia ni.


soalan pakcik do yang terakhir tu buat cik ana rasa sangat loser.

jawab cik ana: maaf tuan saya tak pasti, boleh beri saya sikit hint? 

pakcik do: ada tiga.

cik ana: sistem pemerintahan di malaysia terbahagi kepada tiga iaitu majlis eksekutif, legislatif dan judisari. 


kemudian cik ana pause untuk satu jangka masa yang agak lama. setelah tidak tahu lagi apa untuk dijawab, 

cik ana kata: maaf tuan, saya tak ingat.

muka pakcik-pakcik yang menduga cik ana berubah. turut sama berubah adalah hati dan perasaan cik ana.

sesi pertemuan dan diduga diteruskan dengan sesi bual-bual santai sambil pakcik datuk memberikan tips untuk mencari suami serta resipi nasi goreng kepada cik ana. turut sama adalah sesi tazkirah.

sebelum pertemuan berakhir, cik ana diberi peluang untuk bertanya apa saja kepada pakcik-pakcik. cik ana tanya,

boleh saya tahu prestasi saya hari ni?

pakcik datuk ambil kertas penilaian dan membacakan apa yang ditulis.

she ..., ..., but no depth.



ouch! nampak tak di situ? sudah terang lagikan bersuluh muwasofat tarbiyyah cik ana compang-camping lagi.
oh my mutsaqaful fiqr!

no depth = ulasan tak cukup panjang = poin hanya yang di permukaan = tak cukup pengetahuan

=.='

bersungguh cik ana pulun baca hafal pelan integriti nasional, nbos, nkra, nkea, etp, gtp, dasar biotek negara, menteri itu menteri ini isu itu isu ini bagai tapi soalan sejarah sekolah menengah pun tak dapat jawab.

emm. alhamdulillah. tsumma alhamdulillah. mungkin ini bukan jalan yang harus cik ana datangi.
moga Allah pemudahkan apa yang terbaik untuk diri, orang lain dan deen ni. 

Allahumma ameen..