Tuesday, April 27, 2010

mehnah.


Alhamdulillah. Syukur pada Ilahi atas nikmat iman dan islam. InsyaAllah masih ada.

Mehnah atau ujian dalam erti kata lain. Ada apa dengan mehnah? Apa yang kita lihat pada mehnah? Mehnah adalah ujian yang diturunkan untuk kita belajar erti hidup. Bukti hidup kita masih berjalan. Yela. Kalau xde mehnah, x thrill la hidup ni. Betul x?

Kembali ke pangkal jalan. Apa yang kita faham sebenarnya pasal mehnah ni? Sekadar dugaan atau tribulasi? Yang membebankan dan membuatkan kita menangis serta putus asa. Lalu kembali kepada tujuan utama hidup ni? Haih. Sayang la kalau fikir macam tu. Mehnah daripada Allah itu sangat luas skopnya. Bahkan nikmat itu juga dikatakan sebagai mehnah. Rencah dalam hidup. Haa. Apa pulak la rencah2 ni.

Apa yang saya nak tekankan di sini, hampir semua perkara yang terjadi dalam hidup insan sehari-hari dikira sebagai mehnah. X kira la kesenangan atau kesusahan. Dan perkara depan mata yang paling kita semua x nampak, kesenangan adalah ujian yang paling berat. Haa. Kenapa pulak kan? Relax2 dulu dan fikir-fikirkan.

Bila diturunkan musibah, kita acapkali berkata pada diri sendiri bahawa pasti ada hikmah di sebalik segala sesuatu. Lalu kita kembali berdoa dan meletakkan sepenuh pergantungan pada Yang Kuasa. Alhamdulillah. Memang tu la yang sepatutnya. Tapi bila kita diberikan kesenangan, kita lupa pada Pemberi Nikmat. Selalu sangat kita lupa nak buat sujud syukur. Paling x pun berdoa agar kita jadi hamba yang bersyukur. Haih. Susah la macam ni. Kata Muslim. Islam is the way of life. Tapi x jelas pun ciri2 tu dalam diri sendiri. Jadi jangan cakap je. Bagi diri sendiri ni jangan tahu tulis je. InsyaAllah mari kita saling mengingati antara kita semua.

Saya menulis ni mungkin sebab terkesan dengan exam bumi dan manusia tadi. Terlalu excited. Tamak barangkali. Tapi apa2 pun, Allah jugalah yang menggerakkan hati saya untuk luahkan semua ni. Bagi yang disayangi lillahi ta’ala, chill la sahabat. Hidup memang indah. Disusun baik dengan pelbagai mehnah agar kita x lupa tanggungjawab kita kat atas muka bumi ni. Lagipun kalau hidup selalu senang x syok la kan? Kena la ada asam, garam, gula, kicap dan sebagainya. Hehe. Moga2 saya mampu jadi hamba yang bersyukur. Moga2 kita semua mampu jadi hamba yang bersyukur. AMIN.

Ok lagi 2 paper. Bio Pop dan Sejarah S&T. Perang!!!

"Yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah yang terbaik amalannya."
(Al-Mulk;2)

Friday, April 23, 2010

P.

say no to P!!!

alhamdulillah. hehe. tiada lagi PROBATIONARY dalam kamus hidupku mulai hari ni. 23 april 2010. esok dah x perlu tampal P kat cermin kereta. x perlu rasa takut2. xde lagi dibuli di jalan raya sebab masih P. dan x perlu rasa terlalu rendah diri sebab masih muda. hehe. tapi habis P je pun x guna kalau driving skill x betul2 mantap. ok. lepas ni akan selalu drive. jom2 siapa nak ikut? hehe. ok sambung revision. lagi 3 paper. fight-oh uh!!!

Thursday, April 22, 2010

booster.

sekadar booster di kala semangat decelerate. moga kembali high-spirited, insyaAllah. fight-oh uh!!!

Bingkai kehidupan

Album : Hijrah
Munsyid : Bijak
http://liriknasyid.com


Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan

Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

study2!!

"Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah pada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal."
(Ali-Imran;159)

life line for gaza.

Seminar Wanita : Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang dunia

Tarikh: Sabtu, 24 April 2010
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan Jln Duta
Program Kerjasama: Biro Kebajikan Masjid Wilayah & Biro Haluanita

Maklumat Lanjut, sila hubungi: Ustazah Fathiah, 013 300 1782

Atucara Program
08.00: Pendaftaran
08.30: Pembukaan Majlis dan bacaan Al Quran
08.45: Kertas Kerja 1:
Membina Jatidiri Muslimah Untuk Survival Ummah
(Dr Asmawati Desa)
09:45: Kudapan
10.05: Kertas Kerja 2:
Kekuatan Seorang Wanita Sejati
(Ust Abd Hadi Othman)
11.35: Dialog :
Ustaz Noorazman bersama tetamu dari Palestin
12.45: Makan tengahari & solat
02.00: Pembukaan & ucapan aluan dari pengerusi majlis
02.10: Ucapan Presiden HALUAN
02.25: Ucapan Pengarah JAKIM & perasmian
02.35: Ucapan wakil IHH Turki
02.50: Ucapan Ummu Muhammad
03.05: Ucapan wakil-wakil NGO
03.35: Tayangan video
03.45: Persembahan Bro Mu'adz
04.05: Penyampaian cenderahati
04.15: Ucapan Penutup oleh Imam Besar Masjid Wilayah

yuran pendaftaran percuma!!!


Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to join an international campaign to break years of Israel siege on Gaza. We are working along with Free Gaza Movement who is based in Cyprus, IHH in Turkey, MERC and Kispa Indonesia, and other NGOs from USA, Greece, France, Sweeden, Germany, Italy, Venezuella and many more.

The flotilla is expected to depart Istanbul on 15th May 2010, comprising 20 ships and cargo boats to be laden with building supplies, generators, medical equipment and educational materials. They will sail through the Mediterranean Sea, carrying members of Parliament from countries around the world as well as high-profile journalists and human rights activists.

Lets break the siege now, before it’s too late!

For the Malaysian charter, the efforts are supported by, among others, the following NGOs:

* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)

lifeline4gaza

Wednesday, April 21, 2010

hantaran al-quran.


berehat sebentar daripada nota2 study yang memenatkan. dapat daripada seorang sahabat. suka.

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil.. "Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran. "Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah. "Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an. "Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.. "Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum. "Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain. "Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah. "Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya. "Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid. "Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil. "Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. "Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai. "Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema. Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. "Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad. "Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu. "Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih. "Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.. "Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad Surah Ar Ra'd "Apa benda nih" detik hati Nabil. "Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya. "Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Bila seseorang
lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.' Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Di hari pengadilan,
di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

Sunday, April 18, 2010

imtihan.


alhamdulillah. mampu lagi menulis. hari terakhir study leave student um sebelum final exam yang akan bermula esok. emm dah prepare ke? mantap? hehe. tepuk dada, tanya hati, tanya iman.

di kesempatan ni saya nak pohon maapkan salah silap saya sesama kita bersaudara x kira yang di depan mata ataupun yang belum terzahir selama kita semua kenal. mintak halalkan segalanye yang saya dapat daripada kamu2 semua ye.

penting untuk diingatkan especially untuk diri ni. jadikan redha Allah sebagai matlamat. exam hanya sebagai wasilah untuk mencapai matlamat. nama pun manusia. insan biasa yang mudah lupa. so, jom saling ingatkan sesama kita point yang penting ni!

ape2 pun, all the best buat semua student um yang akan menempuh medan imtihan mulai esok. bagi kawan2 dari ipt lain yang sudah pun mula exam, atau yang akan sitting exam juga sama2 diucapkan yang terbaik.

bittaufiq wannajah fi imtihan, insyaAllah. jangan lupa pergantungan kepada Allah. dan jangan lupa D.U.I.T! doa-usaha-istiqamah-tawakkal. moga sukses semua. dan semoga beroleh redha Ilahi. ganbatte kudasai na. fight-oh uh!!!

20 APRIL 2010 : GXEX1414 , GTEE1102
21 APRIL 2010 : GXEX1401
23 APRIL 2010 : SHES 1201
27 APRIL 2010 : SGES1301
30 APRIL 2010 : SHES1203
4 MEI 2010 : SFES1212

^_^

Wednesday, April 14, 2010

how to mend a broken heart?


or should i ask, how to mend a broken iman?

kita sedia maklum kalau iman itu tempatnya di hati. jadi kalau hati sakit, iman pun sakit jugak la ye? kalau ye, betul la kiranya. hari ni iman saya sakit. huhu.

sungguh. sedih bila jadi macam ni. momentum tiba2 hilang bila exam dah dekat. saya x tahu kenapa. mungkin Dia nak menguji. sejauh mana saya kuat. kental. sejauh mana pergantungan saya pada-Nya. sejauh mana saya boleh tunaikan apa yang saya kata. munafik kah? naudzubillah. mintak dijauhkan. huhu.

tapi tadi saya kalah. down. and the worst part was, saya sukar apply sikap optimistik yang optimum. huhu. serius sedih. hari ni banyak berprasangka yang x baik. pantang tengok benda lain sikit. mesti fikir bukan2. susah nak elak. sampai tadi pun rasa macam pura2 je study. try fokus pun susah. konon2nye khusyuk. tapi x. separuh hati je yang dapat. huhu.

mungkin saya dah jauh. mungkin jugak saya banyak buat dosa pada orang sekeliling tapi saya x perasan. x tahu. tapi kena ambil tahu. jadi, mintak maap sepenuhnya ye kawan2. serius ni. asif. atas lisan yang x terjaga. atau perilaku yang entah ape2. moga kita semua mendapat redha-Nya.

EcoArk.

berehat sebentar daripada nota2 yang memenatkan. sebenarnye mencari2 alasan nak berehat. malas kah? huhu. merewang2 jumpa ni. menarik.


TAIPEI – Sebuah dewan pameran setinggi tiga tingkat di sini diperbuat daripada 1.5 juta botol plastik berbanding batu-bata dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung amalan kitar semula.

Bangunan itu yang dinamakan EcoArk berukuran 130 meter panjang dan setinggi 26 meter dibina oleh sebuah syarikat di Taiwan, Kumpulan Far Eastern sejak hampir tiga tahun lalu.

Semua botol itu diambil dari tempat pengumpulan sampah dan dikitar semula untuk menjadi bekas plastik yang disusun rapat-rapat dan kukuh bagi menghadapi gegaran gempa bumi.

Bangunan lutsinar yang menelan kos AS$4.22 juta (RM13.5 juta) itu dilengkapi sebuah teater kecil, ruang muzium dan skrin air terjun yang berfungsi seperti pendingin hawa. – Reuters

Monday, April 12, 2010

merungut.

bagi yang menulis patut lebih terkesan. terasa. praktikkan. saya akan cuba. mujahadah.



alhamdulillah. masih mengira diri ini bertuah. punya nikmat iman dan islam insyaAllah. punya nikmat pancaindera yang cukup walaupun upaya mata ini dah kurang sempurna *pki spec hehe* . pape pun, pasti ini yang terbaik. Allah itu Maha Tahu.

fitrah manusia selalu merungut. mungkin x pada mulut. tapi hati hanya diri sendiri dan Allah yang tahu. tapi yang sepatutnya kita bersyukur. bersyukur atas semua perkara. baik atau buruk. musibah atau kesenangan. semua tu ujian. yang pasti, Allah x akan timpakan ujian yang kita sendiri x terdaya nak tanggung. jadi, kurangkan merungut. kalau boleh jangan terus!
fikirkan saudara2 lain yang lagi kurang beruntung daripada kita. x kira la dari aspek ape pun.
x perlu cerita lebih.

"Ya Allah, ampunkan kami jika kami merungut. Jadikanlah kami hamba yang bersyukur..."

masih mencuba menegakkan hak shahadatul haq yang dipertanggungjawabkan ke atas diri ni. moga saya diredhai. moga kamu juga diredhai. moga semua muslim di atas muka bumi ini diredhai oleh-Nya.

Friday, April 9, 2010

santai.


diambil daripada seorang sahabat, asma abdullah zaki yang disayangi lillahi ta'ala:

*One old man was sitting with his 25 years old son in the train. Train is about to leave the station. All the passengers are settling down into their seats. As the train started the young man was filled with a lot of joy and curiosity.

He was sitting on the window side. He put out one hand and felt the passing wind. He shouted, "Papa see all the trees are going behind". The old man smiled and admired his son’s feelings. Beside the young man a couple was sitting and listening to the conversation between the father and son. They felt a little awkward with the attitude of the 25 year old man behaving like a small child.

Suddenly the young man again shouted, "Papa see the pond and animals. Clouds are moving with the train". The couple was watching the young man in embarrassment. Now it started to rain and some of the water drops touched the young man's hand. He was filled with joy and he closed his eyes. He shouted again," Papa it's raining, water is touching me, see papa".

The couple couldn't help themselves and asked the old man. Why don't you visit the Doctor and get your son treated.

Old man said," *Yes, We were from the hospital. Today my
son got his eyes for the first time in his life".*

*Moral of the story is;*

**We must not come to any conclusion until we know all the facts"**

nota kaki : baru balik daripada berjumpa kawan2 calyx tersayang di kuaz. rindu semua. best! walaupun hanya 9 orang yang dapat join. xpe la mungkin belum rezeki nak gather dengan yang lain. pape pun, sayang kamu semua lillahi ta'ala jua..:)

"it's not about me, it's not about you, it's about us, the calyxian."

Wednesday, April 7, 2010

my hero.


7 april 1963
tanggal kelahiran hero tersayang
pujaan hati wanita2 dalam famili saya
mohamad azhar bin mohamad ishak
moga diredhai dunia dan akhirat.
ayahlah ayah yang paling best!!!
sayang ayah selalu.

Tuesday, April 6, 2010

forward award.


dapat award daripada seorang sahabat. tQ ain sayang. beautiful ke? hehe. xpe2. insyaAllah. so, tugas seterusnya adalah men'tag' dan meng'award'kan kepada kawan2 blogger yang lain. terma dan syarat : -

1- Thank and link the person who gave you the award.
2- Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3- Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4- State 7 things about yourself.

kepada yang x dapat jangan kecil hati ye. saya simpan nama kamu dalam hati. hehe. mereka yang fantastic : -

ain shafie
ika anuar
fatin liyana izzati
fatin nazihah
najwa najihah
diyanah
nedd
najwa hanim
hanis hafizah
sabrina sharom
suraya
sa ibrahim
mumtazah maridi
ramlah ngatten
umai

7 perkara 'ringan' mengenai FAREHA : -
  • suka warna biru dan hijau
  • suka makan
  • suka lari jarak jauh
  • suka keadaan open air
  • faveret authors : hilal asyraf & ramlee awang murshid
  • tinggi : x melebihi KLCC
  • berat : lebih daripada sehelai kertas

hawa.


diambil dari taman2 syurga.

Hawa..
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah

Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
Keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,
Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.

wassalam.

10 hak.

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. tapi macam mana kita sekarang ni? tidur berlebihan, makan melebihi kenyang, cakap perkara2 yang mungkar. kalau x pun cakap perkara2 yang lagha. jarang mengucapkan syukur kepada Allah swt dan sebagainya.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. qada puasa ramadhan tahun lepas dah habis belum? mintak maaf dari semua orang? especially yang kita dah terbuat dosa. dan yang paling penting persediaan untuk mati. ramai yang pasti takut akan mati. tapi bagi yang betul2 memahami *sy belum orgnye* , mati itu amat dirindui!

3. HAK KEPADA KUBUR

Memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi. qiam pun jarang. apatah lagi tahajjud. istighfar2.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. lidah itu lebih tajam dari mata pisau. jadi berhati2lah dalam setiap kata2 kita setiap hari. moga semuanya mendapat redha Allah swt.

5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)

Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. timbang dulu apa yang dapat dilihat di mata dunia.

6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)

Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. sudah2 lah mengunjing orang lain. x mahu diibaratkan memakan daging saudara kita sendiri. mari cuba sehabis mungkin!!! lagi satu, jemaah adalah yang terbaik. saling sokong-menyokonglah kamu dikala senang mahupun susah.

7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak. pendek cerita, kurangkan berbuat dosa. hakikatnya manusia itu x lepas dari membuat dosa setiap hari mereka hidup. jadi jom kurangkan dosa sehari-hari..fight-oh uh!!!

8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. redha memang x mudah. cakap senang, buat susah. tapi percayalah, insyaAllah bila semua faham, redha tu akan jadi penawar hati kita. AMIN.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. mencari syafaat rasulullah dalam selawat ke atas baginda. cuba contohi sifat para sahabat dan sahabiah walaupun ketara beza iman kita dengan mereka.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. hak yang paling dituntut dan yang paling aula. fikir2kan. renung2kan. tepuk dada, tanya diri, tanya iman. wallahu'alam...

Rasulullah s.a.w. bersabda:,
"Sampaikanlah pesanku biarpun dengan sepotong ayat".


nota kaki : peringatan paling penting buat FAREHA. dan x lupa kawan2 dan pengunjung odyssey yang dicintai lillahi ta'ala.

Sunday, April 4, 2010

yang manja.





3 april 2002
selamat ulangtahun buat adik bongsu tersayang
nor najiha binti mohamad azhar
yang manja
yang rajin
yang mengada-ngada
yang suka bergurau
yang suka bercerita
yang periang
penyejuk mata kami, insyaAllah
genap 8 tahun sudah
hehe
x dapat celebrate sama lagi tahun ni
tapi xpe
dah cukup puas hati dapat call
alhamdulillah
moga jadi anak yang solehah
dan adik yang boleh dibuli
hehe
kaklong sayang jiah
muahhh!!!
^_^

Thursday, April 1, 2010

april.


april datang lagi.
teringat pula pada roomate, eyfa yang suka lagu fazley "bila april tiba".
hehe. abaikan.
alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasa bulan april.
walaupun x la saya sambut april fool.
ataupun terlalu agung-agungkan april. rabiulakhir masih dilalui.
cuma bulan april ni rasanya lagi excited. mungkin final exam kali.
hehe. ye2 je.
ape2 pun,
april juga adalah bulan kelahiran
ayah(7 april 1963) dan adik bongsu saya jiha(3 april 2002).
moga2 rahmat Allah serta kebaikan dari-Nya mengiringi ayah dan jiha.
AMIN.
harapan saya,
bila umur dipanjangkan hingga saat ni,
pahala saya jauh melangkaui dosa.
risau hidup ni lebih banyak buat onar.
x tertampung oleh pahala.
doakan saya ye kawan2.
kalau saya jatuh, jangan tinggalkan saya.
kalau saya jauh, tariklah saya.
moga2 kita semua mendapat keredhaan-Nya.
insyaAllah.