Sunday, February 26, 2012

review.




jom review buku! lama rasanya x share buku-buku yang ada. almaklumlah. buku banyak tapi bacanya x banyak. huhu. tapi xpe hari ni nak share satu buku je.

dalam dekapan ukhuwah by salim a. fillah

subhanallah. memang best! terasa betul-betul dalam dekapan ukhuwah. as usual. logam penulis bersastera dengan berpandukan Kitab Langit dan kata-kata Utusan Langit dan juga seerah serta cerita-cerita yang menyentuh hati, meningkatkan hamasah, menyedarkan diri. mahabbah fillah dari Tuhan Langit memang dikurniakan kepada mereka yang beriman padaNya. dan saya mahu tergolong dalam golongan tu!

mungkin saya x reti bersastera macam salim a. fillah dan amru khaled. mungkin saya x reti bercakap macam nouman ali khan atau mufti ismail menk. mungkin saya x reti menulis macam kakak muharikah atau inche gabbana. mungkin saya x reti bercerita macam ramli awang mursyid atau hilal asyraf. mungkin saya x hebat bergerak seperti mereka-mereka yang lain. mungkin dan mungkin...

ohh. masih screen diri sendiri untuk mengesan logam-logam yang ada. fuh fuh fuh.

Wednesday, February 22, 2012

wake-up call.


anak singa yang sedang menyusu diseru. hey!

alhamdulillah. tsummal alhamdulillah. expect the unexpected!

anak-anak singa sudah lahir. tinggal saja untuk ditarbiyyah menjadi singa yang sebenar. garang! mungkin juga boleh jadi lion king, insyaAllah. atau mungkin juga bisa jadi persis laksamana sunan. atau si polip saifullah. atau angkasa sakti. atau si anak raja aizan fahmi. atau dia ni.. atau dia tu.. oh ok saya terlalu berimaginasi. atau sesiapa sajalah. janji bekerja kerana Dia. dan kerana..

The youth are the spark of fire

mahu transform jadi syabab super saiya!

Sunday, February 19, 2012

mereka.


subhanallah. alhamdulillah. lailahaillallah. allahuakbar.

hallamak! hati berbunga ceria. ewaahh ;)


baru lepas baca surat-surat cinta. rasa semacam! walhal sebelum ni pernah je dapat surat-surat cinta. tapi kali ni beda sikit. hamdan lillah. Dia yang beri rasa tu. dan Dia yang beri 'mereka' yang membuat hati berbunga ceria. dalam hati ada taman ok!

'mereka' yang buat saya rasa bersyukur. 'mereka' yang buat saya dapat merasa bekerja. 'mereka' yang banyak buat saya muhasabah sendiri. 'mereka' yang meningkatkan hamasah. 'mereka' yang mahu. 'mereka' yang bersih. 'mereka' yang comel. kadangkala gila-gila. hyperactive! selalunya ceria. dan 'mereka' juga yang buat saya rasa gundah-gulana. resah x boleh duduk diam.

'mereka' itu. kita yang mentarbiyyah atau kita yang ditarbiyyah? selalu-selalu jugak saya terfikir. dalam mentarbiyyah kita ditarbiyyah, itu pesan ummi. hmm. mungkin inilah caranya Dia mentarbiyyah hamba-hambanya. so subtle. so sweet. all praises be upon Him.

mungkin 'mereka' x baca post ni. tapi ketahuilah 'mereka', saya sangat-sangat cintakan kamu semua, lillahi ta'ala.

sama-sama sahut seruan Dia, insyaAllah..

On those who believe and work deeds of righteousness, will ((Allah)) Most Gracious bestow love.
(19:96)

Monday, February 13, 2012

wilayah alien.


pernah x rasa macam alien kat bumi sendiri?
hmm,
mungkin perlu cari bumi lain untuk hidup.
atau alienkan manusia kat bumi tu.
your choice,you choose!


Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

(Daerah Ini by Algebra)