Friday, April 29, 2011

self-motivation.


"If you are looking at the sun, you will seldom see the shadows."
~helen keller

diari : bila rasa tense, mula blog walking mencari [ p=mv ] :)

Wednesday, April 27, 2011

khas :)


entri ringkas tapi istimewa buat kamu. yup. kamu la, siapa lagi :)


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa"
(Al-Hujurat 49;12)

memang susah nak rasa indahnya husnuzon. sebab ia x senang diamalkan. tapi once dah start, insyaAllah semuanya akan jadi lebih mudah.

chill la sahabat. nilaian manusia kat dunia ni je. nilaian Allah sampai akhirat nanti. Dia Maha Tahu apa yang kita zahirkan, even apa yang kita sembunyikan.

harapnya bila diuji, kita beramal dengan kata-kata kita. ameen.
uhibbukunna fillah :)

Sunday, April 24, 2011

...


sekali lagi, insyaAllah..

hubungan etnik - 25/4/11
virology - 28/4/11
bacteriology - 4/5/11
microbial ecology - 10/5/11
genetic microbiology - 13/5/11

setelah dibulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. then berusaha! kita merancang, Allah merancang. tapi Allah Master Planner. so, semua outcome pasti yang terbaik! insyaAllah, bittaufiq wannajah fi imtihan fiddeen fiddunya wal akhirah. jia you! :)

Wednesday, April 20, 2011

mereka.


melihat mereka, hati berbunga. melihat mereka, hamasah terbina. alhamdulillah. segala sesuatu hanya milik Allah.

Monday, April 18, 2011

warna-warna cinta :)


pinjam theme song blog cik mus'ab :)


Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Uuuuu? selepas gerimis

~warna-warna cinta by brothers reunited

apa warna cinta kamu? kalau cerah alhamdulillah. kalau gelap pun alhamdulillah. sebab masalah dan penyelesaian semuanya datang dari Allah. so, Allah sebaik-baik tempat mengadu. dan mintalah pertolongan Allah dengan sabar serta solat (2;45)

insyaAllah. nak pinjam kata2 sheikh muhammad ahmad ar-rasyid juga :
hanya gerhana, bukan terbenamnya matahari :)

Friday, April 15, 2011

Saturday, April 9, 2011

you are not alone :)


"That you are not alone
I am here with you
Though you're far away
I am here to stay"

strings of lyrics from you are not alone by michael jackson. antara lagu favourite odyssey waktu dulu-dulu. rasa termotivasi, insyaAllah..

pernah rasa sendirian menjalankan kerja-kerja dakwah ni? bila mana orang di sekeliling buat endah x endah dan sebagainya? sejujurnya saya pernah. tapi syukur masih dikuatkan oleh Allah melalui sahibah-sahibah tersayang.

tapi apalah sangat ujian yang diberi kepada kita jika nak dibandingkan dengan nabi nuh yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat, berdakwah kepada umatnya selama 950 tahun. sampai ada yang tutup telinga dan kepala xnak dengar baginda bercerita pasal islam. apalah sangat usaha kita jika dilihat pada pengorbanan rasulullah di mekah. diboikot hanya kerana menyampaikan kebenaran. bermusafir ke thaif untuk menyampaikan keindahan islam tapi dibaling dengan batu-batu sampai berkocak darah dalam selipar baginda. iman kita x sekuat para rasul. sama-sama kita ingat sirah rasul dan muhasabah diri.

Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
(Hud 11;120)

pesanan penaja : gantikan "Muhammad" dengan nama kita sendiri untuk lebih feel, insyaAllah :)


jangan resah. jangan sedih. sebab kamu tahu? satu dunia pun buat kerja yang sama. insyaAllah. we are worldwide-bonded by akidah. bukan setakat kita di malaysia, ramai lagi saudara seislam malaysia yang di luar negara turut buat kerja yang sama. dan bukan setakat malaysian muslim, mereka yang di negara lain juga. so, you are not alone :)

alhamdulillah. hari ni rasa lebih bersemangat bila ternampak kawan satu sekolah dalam video akhwat US. last kami jumpa mungkin masa ambil result spm. dan sekarang dia di atas jalan DnT dengan izin Allah.

nikmat ukhuwwah yang sangat best! tapi harap x tersasar. moga berukhuwwah kita adalah kerana Allah. bukan kerana bestnya ukhuwwah tu. risau x mampu jika diuji. moga Allah tsabatkan kita di jalanNya. ameen.

nota kaki : saya bercita-cita untuk jaulah, ziarah akhwat luar UM dulu, then luar KL, then luar malaysia, insyaAllah. siapa mahu ikut?
(^_^)

Sunday, April 3, 2011

saya bahagia :)



"saya bahagia :)"

tu jawapan saya pada seorang akhwat bila dia tegur saya semakin berisi. gelak-gelak. ukhtiku sayang, fareha makin berisi sebab makan banyak la. apa-apa pun juga, alhamdulillah. saya memang bahagia insyaAllah. tapi ramai pulak yang bertanya lepas tu.

"bahagia? ada apa-apa ke ni? cerita la sikit.."

aduhai. kelakar pun ada. perlu ada sebab ke untuk bahagia? nak share satu lirik lagu favourite odyssey.
hakikat bahagia by unic:

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuha
n

sebenarnya perkataan yang lebih tepat untuk "bahagia" tu mungkin "cukup". yup. rasa cukup, insyaAllah. cukup @ qanaah. honestly, bukan senang ye nak rasa macam ni. especially nak rasa cukup on the spot bila diuji. bukan bila muhasabah baru nak bersyukur. tapi itulah sunnatullah, kita yang lemah. insyaAllah saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran ok?

wahai diri, sila rasa bahagia ye. memandangkan kuda merah saya sudah diterbang pulang ke rumah di kuantan, kami hanya akan ke kelas dengan berjalan kaki untuk few weeks ni. xpe la. hikmahnya, boleh exercise kan?
alhamdulillah bahagia :)

Saturday, April 2, 2011

seni.


alhamdulillah. insyaAllah pagi ni exam oral bahasa mandarin. belajar bahasa = belajar seni. moga dipermudah semuanya. jia you!
(^_^)


seni itu subjektif. moga segala apa yang kita jadikan seni itu dengan nawaitu dan hala tuju yang betul. siapa tahu, boleh jaulah ke china dan jumpa akhwat kat sana kan? semuanya possible insyaAllah.

tapi x semua seni tu punya manfaat. nak share kata-kata muhammad iqbal iaitu seorang penyair muslim yang saya kira sangat best. seni yang x membawa kebaikan malah merosakkan diibaratkan seperti :

merampas kecantikan lenggok bunga sarwa
menukar helang rajawali menjadi burung puyuh
mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu
lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
mereka tidurkan kita dengan iramanya
dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya

konklusinya, jom screen seni masing-masing! insyaAllah. semua nak seni yang baik-baik je kan?
(^_^)