Friday, December 13, 2013

dia.


entri khas untuk dia, yang moga Allah selalu menjaganya.

dia yang pada awalnya lebih dikenali di alam maya berbanding realiti. dia yang bila sudah sering bertemu membuahkan sayang. sayang kerana Allah moga-moga. dia antara sosok qudwah terbaik disaksikan mata ini. dia yang diutus Allah untuk menyedarkan aku akan jalan yang panjang ini. dia yang ceria, yang lembut, yang prihatin, yang penyayang, yang tegas, yang terkadang juga gila-gila.

dia yang terpilih, yang tabah, yang kuat, yang sering diuji Allah dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. dia yang aku tahu, layak menerima ujian-ujian ini kerana dia mampu. dan moga Allah mengangkat darjatnya di sisiNya.

bintang syurga (unic dan raqib majid)

biar darah jadi baja
biar tulangku menjadi tonggaknya
islam tetap di puncak
biar imanku terus melonjak
 
aku tegar
aku rela
sekalipun aku dihenyak

burung-burung hijau terbang
ruhku tenang melayang
syurga firdausi menunggu ku datang
bidadari pun tersenyum
merindu cumbu harum
di saat cinta mekar ku bercantum
 
pergiku tak kembali
kerana memburu nikmat syurgawi
itulah yang hakiki itu yang abadi
dan ku tidak mati
bahkan hidup dengan rezki Ilahi
 
kejayaan (kejayaan)
kebahagiaan (kebahagiaan)
bintang syuhada yang dirindukan
 
datang datanglah wahai syahid
dambaan mujahid
aku relakan sakit yang sedikit
 
derita hanya sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya

wahai ummi, moga Allah memberimu kekuatan. moga Allah memudahkan segala urusanmu. hanya mampu berharap dapat dititip doa yang terbaik untukmu.

sekadar curhat. dan perasaan ini hanya Allah yang tahu.

Sunday, December 8, 2013

pasca banjir.

kata bunga dan merah,

embun menitis di jendela
tanda mentari akan tiba
nun jauh di sana
di balik hati hiba
tiada lagi duka dan nestapa
tiada lagi gelap gelita gelita
hanya senyum di bibirnya

:)

pasca banjir?

banyak hikmah yang bisa dikutip. baik atau x semua Allah yang bagi kan? asalnya semua pun terbaik untuk kita. tapi disebabkan khilaf kita yang lemah ni kita selalu nampak sesetengah perkara tu sebagai tak baik. hakikatnya setiap perkara tu Allah dah tentukan hikmahnya. tsumma alhamdulillah.

Sunday, December 1, 2013

pasca kerja.

i go by aizat amdan,

so long fare thee well
the dancer and the dancing days have taken leave and fell
so turn down this bed of stone
quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

the long december rain is falling now
running down on streets to nowhere
music is my life you're my sweetest nightingale
but i can't hear it here no more
and i go i go 
 
hush now don't shake or break
words have fallen silent like soldiers to the grave
no matter what they do or say
lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face
 
pasca kerja?

merindui saat-saat sibuk itu. merindui waktu terasa mampu dimanfaatkan sebaiknya. merindui rasa dagang di kalangan yang lain. merindui mudah susah di alam realiti. merindui hujung-hujung minggu yang terasa sangat terisi. merindui anak-anak syurga fakih setiap ahad. merindui muayasyah bersama semua. rindu itu dan ini.

pasca kerja?

r.i.n.d.u.

moga Allah terima segala pekerjaan ni. Allahumma ameen.