Wednesday, December 29, 2010

dslr.

bila ramai yang cerita pasal kamera digital single-lens reflex a.k.a. dslr. ok. saya pun mahu sibuk2. walaupun saya bukan into fotografi, tapi tahu la jugak sikit2 sebab ramai kawan yang ada kamera jenis ni.


sony salah satu brand. ada banyak lagi. nikon, canon, etc.


oh. bukan mahu share pasal kamera ye. since saya pun x tahu lebih selain daripada harganya yang mahal. dan saya akui gambar-gambar yang di'snap' guna kamera ni memang cun! so, mahu share few sites yang related to dslr yang suka saya singgah. jom klik!


kamu tahu apa yang saya suka? logam mereka yang dah dipolish untuk dakwah islamiah. cantik. moga mereka istiqamah fi sabilillah. dan moga kita dapat sesuatu tiap kali kita view pixel mereka. insyaAllah.
(^_^)

Tuesday, December 28, 2010

facebook.

mine. deactivated for a moment. sorry to trouble.

Friday, December 24, 2010

salam.

Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW : “ Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.”
(HR Bukhari dan Muslim)

assalamu'alaikum. spread the salam :)

Salamun, salamun, salamun, salam.

We made peace a symbol of ours;
in the name of peace we gather here now.
O Lord! please make these days of ours on this earth
filled with peace.

Peaceful, peaceful, peaceful peace
Salamun, salamun, salamun, salam.

Ja’alna - as-sala -ma shi’a -run lana -;
wa bismi as-sala -mi at-Taqaynaa - huna -.
Le taj’ala ya- Rabbu ayya -manaa -
‘ala - ha -dhihi al-Ardi bushra sala -m

Nous avons fait de la paix notre devise,
Et c’est en son nom que l’on s’est rassemblé
Afin que tu fasses oh seigneur que l’on vive
Nos jours sur cette terre dans un havre de paix
So Lord, indeed! You are as-Salam,
from You comes salam and with You is salam,
To You belongs the command of all things;
between Your hands are the hearts of all beings

So Lord, indeed! You are as-Salam,
from You comes salam and with You is salam
To You belongs the command of all things;
between Your hands are the hearts of all beings English chorus

Fa ya Rabbu innaka anta as-Sala -m;
wa minka as-Salamu wa ‘indaka as-Salam.
Li amrika yarji’u amru al-ana -m,
wa bayna yadayka qulubu al-Anam.

Ya Allah c’est toi sans doute la paix
C’est toi qui la donne et toi qui la détient
Le destin des hetres que tu as creés
Et celui des coeurs se trouve entre tes mains

~by Zain Bhikha

Monday, December 20, 2010

alma mater.

asif. firstly nak cakap, entri kali ni xde input. mungkin juga time-consuming. ni pun ambil dari draft. alma mater cuma. jadi terkenang bila tinjau2 blog senpai dan eppa. rindu.

seseri

sekolah yang banyak meninggalkan pelbagai kenangan.

sekolah bunga anggerik.
lebih kurang kata cik maria,
"girls, kamu ni macam bunga orkid. liar, susah nak jaga. tapi kalau terpelihara, cantiklah kamu."
adioda, bakerara, cattleya, dorisia, eliara, fialaara, gastsia, helpilia.
brassidium, epidendrium, oncidium, dendrobium.

survival. independent. punctual. behave. and everything about ethics.
kelas. prep. wajib makan dengan fork and spoon. line up. light-off.
kelas tambahan 5.00 am! in between sahur and subuh prayer.
events managing. weeding. spot check. tegangkan cadar. licinkan lantai, tingkap, kipas.
bilik kopi. bilik study. bilik tv.

wajib solat berjemaah 5 waktu sehari kat surau. surau best!
belajar untuk selalu jadi imam! especially kalau kamu makmum masbuk dan jemaah dah selesai time tu. hehe. emm selalu wirid lepas solat. mula2 kenal mathurat. selalu baca quran. lazimi selawat dan zikir. susun telekung ikut flow. gotong-royong. bertanding kumpul habuk karpet surau! perkongsian imtiaz dan religi. team bina insan.

calyx. prs. minggu asimilasi. bilik kaunseling. hockey. basketball. cross country. on call. public speaking. set. kelas terapung. gelanggang anggerik sari. dewan gemala puteri. dataran wacana. ukhuwwah. study pairing-group. semangat rumah sukan. etc. etc.

terlalu banyak nak diceritakan. mungkin boleh share dengan adik2 baru untuk program selero nanti. insyaAllah.
(^_^)

Sunday, December 19, 2010

bila waktu tlah berakhir.

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
bagaimanakah bila semua
hilang dan mati meninggalkan diri mu
bagimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulang ke masa lalu
dunia....
dipenuhi dengan hiasan
semua..
dan segala yang ada
akan kembali pada-Nya
bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu tlah terhenti
teman sejati tianggalah sepi.

~by Opick

Saturday, December 18, 2010

manfaat.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”

(HR Ibn Abi Dunya)

Friday, December 17, 2010

tali.


"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai"
(Ali-Imran;103)

memetik kata2 seseorang. kita pegang tali yang sama, jadi mari berlapang dada. walaupun lepas ni mungkin berbeda, matlamat kita tetap sama.

senyum.

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”
(HR Ahmad)

Tuesday, December 14, 2010

asyura.

asyura=asyara=10

khamis ni 10 muharam, hari asyura. jom puasa! banyak fadhilat yang boleh kita collect. buat topup akaun pahala. dan kurangkan akaun dosa. insyaAllah.

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya: ”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".
(HR Muslim)

tapi, jangan lupa hari esok.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(HR Ahmad)

moga segalanya dipermudahkan.
(^_^)


pesanan akhir.


Saudara!

Seandainya kau tangisi kematianku,

Dan kau siram pusaraku dengan air matamu,

Maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh,

Nyalakanlah obor buat umat ini,

Dan…

Teruskan perjalanan ke gerbang jaya.


Saudara!

Kematianku adalah suatu perjalanan,

Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu,

Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku,

Burung-burungNya berkicau riang menyambutku,

Bahagialah hidupku di alam abadi.


Saudara!

Puaka kegelapan pasti akan hancur,

Dan alam ini akan disinari fajar lagi,

Biarlah ruhku terbang mendapatkan rinduNya,

Janganlah gentar berkelana di alam abadi,

Nun di sana fajar sedang memancar…


~Syed Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan

Monday, December 13, 2010

zikir.

remember Allah 24/7 :)

Saturday, December 11, 2010

mereka.

melihat mereka, hamasah terbina. alhamdulillah. segala sesuatu hanya milik Allah.

Friday, December 10, 2010

sequel.

alhamdulillah. rasa terpanggil nak tulis pasal sequel untuk entri sayonara yang lepas.

tadi terdengar lagu 'this i promise u' daripada notebook seorang teman. hehe. teringat zaman dulu kala masa fanatik boybands bagai. ha? x tahu lagu ni? alaa. lagu daripada n'sync. sepupu sepapat westlife, backstreetboys, boyzone, blue etc. etc. erk. oh abaikan.

yup. saya suka dengar muzik. tapi dulu dan sekarang dah lain. zaman muda2 dulu hampir semua pun saya layan. bukan setakat boybands je. evergreen? the beatles? linkin park? lifehouse? erk. ok. banyak sangat kalau nak listkan. anything. just name it. and the best part is, saya boleh hafal every single words yang ada dalam lirik lagu2 ni. huhu. bukan ke bagus kalau nota2 kuliah pun boleh hafal sampai tara ni. tst.

tapi sekarang dah beda. folder lagu2 ni dalam notebook pun dah xde. huhu. alhamdulillah. bermula dengan jalan DnT, menggantikan dengan yang lebih baik insyaAllah. bila kita buang sesuatu yang rasa sangat best dalam hidup ni, satu hari nanti mesti rasa sangat x best kan? kan?


so, that's the purpose of filling in that empty spaces! bila dah x layan lagu2 macam ni, suka pula pada lagu2 lain. alhamdulillah. sentiasa ada jalan jika semuanya lillahi ta'ala. banyak je lagi muzik lain yang boleh mengingatkan kita pada Allah. nasyeed ke. lagu2 berunsur ketuhanan ke. sekarang pun dah moden. google je, ok?

part yang penting! saya tahu x semua faham apa dan kenapa perlu macam ni. tapi macam yang saya cakap dalam entri sayonara yang lepas, saya anggap ni adalah salah satu jahiliyyah dalam diri sendiri. so, sayonara boybands etc. etc. dan jangan jumpa lagi. hehe.

moga kita semua dikurniakan kefahaman tu, insyaAllah. simple sharing. hopefully bawa manfaat buat semua. chill ok. exam pun dah habis ;)

Thursday, December 9, 2010

diamonds in the sky.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
final exam for the 3rd semester is officially over.
mahu layan lagu ni.


sekadar mahu share. suka dengar lagu2 maher zain, opick, zain bhikha.
boleh link kalau mahu. hehe.