Wednesday, December 29, 2010

dslr.

bila ramai yang cerita pasal kamera digital single-lens reflex a.k.a. dslr. ok. saya pun mahu sibuk2. walaupun saya bukan into fotografi, tapi tahu la jugak sikit2 sebab ramai kawan yang ada kamera jenis ni.


sony salah satu brand. ada banyak lagi. nikon, canon, etc.


oh. bukan mahu share pasal kamera ye. since saya pun x tahu lebih selain daripada harganya yang mahal. dan saya akui gambar-gambar yang di'snap' guna kamera ni memang cun! so, mahu share few sites yang related to dslr yang suka saya singgah. jom klik!


kamu tahu apa yang saya suka? logam mereka yang dah dipolish untuk dakwah islamiah. cantik. moga mereka istiqamah fi sabilillah. dan moga kita dapat sesuatu tiap kali kita view pixel mereka. insyaAllah.
(^_^)

Tuesday, December 28, 2010

facebook.

mine. deactivated for a moment. sorry to trouble.

Friday, December 24, 2010

salam.

Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW : “ Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.”
(HR Bukhari dan Muslim)

assalamu'alaikum. spread the salam :)

Salamun, salamun, salamun, salam.

We made peace a symbol of ours;
in the name of peace we gather here now.
O Lord! please make these days of ours on this earth
filled with peace.

Peaceful, peaceful, peaceful peace
Salamun, salamun, salamun, salam.

Ja’alna - as-sala -ma shi’a -run lana -;
wa bismi as-sala -mi at-Taqaynaa - huna -.
Le taj’ala ya- Rabbu ayya -manaa -
‘ala - ha -dhihi al-Ardi bushra sala -m

Nous avons fait de la paix notre devise,
Et c’est en son nom que l’on s’est rassemblé
Afin que tu fasses oh seigneur que l’on vive
Nos jours sur cette terre dans un havre de paix
So Lord, indeed! You are as-Salam,
from You comes salam and with You is salam,
To You belongs the command of all things;
between Your hands are the hearts of all beings

So Lord, indeed! You are as-Salam,
from You comes salam and with You is salam
To You belongs the command of all things;
between Your hands are the hearts of all beings English chorus

Fa ya Rabbu innaka anta as-Sala -m;
wa minka as-Salamu wa ‘indaka as-Salam.
Li amrika yarji’u amru al-ana -m,
wa bayna yadayka qulubu al-Anam.

Ya Allah c’est toi sans doute la paix
C’est toi qui la donne et toi qui la détient
Le destin des hetres que tu as creés
Et celui des coeurs se trouve entre tes mains

~by Zain Bhikha

Monday, December 20, 2010

alma mater.

asif. firstly nak cakap, entri kali ni xde input. mungkin juga time-consuming. ni pun ambil dari draft. alma mater cuma. jadi terkenang bila tinjau2 blog senpai dan eppa. rindu.

seseri

sekolah yang banyak meninggalkan pelbagai kenangan.

sekolah bunga anggerik.
lebih kurang kata cik maria,
"girls, kamu ni macam bunga orkid. liar, susah nak jaga. tapi kalau terpelihara, cantiklah kamu."
adioda, bakerara, cattleya, dorisia, eliara, fialaara, gastsia, helpilia.
brassidium, epidendrium, oncidium, dendrobium.

survival. independent. punctual. behave. and everything about ethics.
kelas. prep. wajib makan dengan fork and spoon. line up. light-off.
kelas tambahan 5.00 am! in between sahur and subuh prayer.
events managing. weeding. spot check. tegangkan cadar. licinkan lantai, tingkap, kipas.
bilik kopi. bilik study. bilik tv.

wajib solat berjemaah 5 waktu sehari kat surau. surau best!
belajar untuk selalu jadi imam! especially kalau kamu makmum masbuk dan jemaah dah selesai time tu. hehe. emm selalu wirid lepas solat. mula2 kenal mathurat. selalu baca quran. lazimi selawat dan zikir. susun telekung ikut flow. gotong-royong. bertanding kumpul habuk karpet surau! perkongsian imtiaz dan religi. team bina insan.

calyx. prs. minggu asimilasi. bilik kaunseling. hockey. basketball. cross country. on call. public speaking. set. kelas terapung. gelanggang anggerik sari. dewan gemala puteri. dataran wacana. ukhuwwah. study pairing-group. semangat rumah sukan. etc. etc.

terlalu banyak nak diceritakan. mungkin boleh share dengan adik2 baru untuk program selero nanti. insyaAllah.
(^_^)

Sunday, December 19, 2010

bila waktu tlah berakhir.

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
bagaimanakah bila semua
hilang dan mati meninggalkan diri mu
bagimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulang ke masa lalu
dunia....
dipenuhi dengan hiasan
semua..
dan segala yang ada
akan kembali pada-Nya
bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu tlah terhenti
teman sejati tianggalah sepi.

~by Opick

Saturday, December 18, 2010

manfaat.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”

(HR Ibn Abi Dunya)

Friday, December 17, 2010

tali.


"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai"
(Ali-Imran;103)

memetik kata2 seseorang. kita pegang tali yang sama, jadi mari berlapang dada. walaupun lepas ni mungkin berbeda, matlamat kita tetap sama.

senyum.

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”
(HR Ahmad)

Tuesday, December 14, 2010

asyura.

asyura=asyara=10

khamis ni 10 muharam, hari asyura. jom puasa! banyak fadhilat yang boleh kita collect. buat topup akaun pahala. dan kurangkan akaun dosa. insyaAllah.

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya: ”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".
(HR Muslim)

tapi, jangan lupa hari esok.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(HR Ahmad)

moga segalanya dipermudahkan.
(^_^)


pesanan akhir.


Saudara!

Seandainya kau tangisi kematianku,

Dan kau siram pusaraku dengan air matamu,

Maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh,

Nyalakanlah obor buat umat ini,

Dan…

Teruskan perjalanan ke gerbang jaya.


Saudara!

Kematianku adalah suatu perjalanan,

Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu,

Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku,

Burung-burungNya berkicau riang menyambutku,

Bahagialah hidupku di alam abadi.


Saudara!

Puaka kegelapan pasti akan hancur,

Dan alam ini akan disinari fajar lagi,

Biarlah ruhku terbang mendapatkan rinduNya,

Janganlah gentar berkelana di alam abadi,

Nun di sana fajar sedang memancar…


~Syed Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan

Monday, December 13, 2010

zikir.

remember Allah 24/7 :)

Saturday, December 11, 2010

mereka.

melihat mereka, hamasah terbina. alhamdulillah. segala sesuatu hanya milik Allah.

Friday, December 10, 2010

sequel.

alhamdulillah. rasa terpanggil nak tulis pasal sequel untuk entri sayonara yang lepas.

tadi terdengar lagu 'this i promise u' daripada notebook seorang teman. hehe. teringat zaman dulu kala masa fanatik boybands bagai. ha? x tahu lagu ni? alaa. lagu daripada n'sync. sepupu sepapat westlife, backstreetboys, boyzone, blue etc. etc. erk. oh abaikan.

yup. saya suka dengar muzik. tapi dulu dan sekarang dah lain. zaman muda2 dulu hampir semua pun saya layan. bukan setakat boybands je. evergreen? the beatles? linkin park? lifehouse? erk. ok. banyak sangat kalau nak listkan. anything. just name it. and the best part is, saya boleh hafal every single words yang ada dalam lirik lagu2 ni. huhu. bukan ke bagus kalau nota2 kuliah pun boleh hafal sampai tara ni. tst.

tapi sekarang dah beda. folder lagu2 ni dalam notebook pun dah xde. huhu. alhamdulillah. bermula dengan jalan DnT, menggantikan dengan yang lebih baik insyaAllah. bila kita buang sesuatu yang rasa sangat best dalam hidup ni, satu hari nanti mesti rasa sangat x best kan? kan?


so, that's the purpose of filling in that empty spaces! bila dah x layan lagu2 macam ni, suka pula pada lagu2 lain. alhamdulillah. sentiasa ada jalan jika semuanya lillahi ta'ala. banyak je lagi muzik lain yang boleh mengingatkan kita pada Allah. nasyeed ke. lagu2 berunsur ketuhanan ke. sekarang pun dah moden. google je, ok?

part yang penting! saya tahu x semua faham apa dan kenapa perlu macam ni. tapi macam yang saya cakap dalam entri sayonara yang lepas, saya anggap ni adalah salah satu jahiliyyah dalam diri sendiri. so, sayonara boybands etc. etc. dan jangan jumpa lagi. hehe.

moga kita semua dikurniakan kefahaman tu, insyaAllah. simple sharing. hopefully bawa manfaat buat semua. chill ok. exam pun dah habis ;)

Thursday, December 9, 2010

diamonds in the sky.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
final exam for the 3rd semester is officially over.
mahu layan lagu ni.


sekadar mahu share. suka dengar lagu2 maher zain, opick, zain bhikha.
boleh link kalau mahu. hehe.

Monday, November 22, 2010

imtihan.

moo-moo shaa study immunology

alhamdulillah. baru masuk exam mode. dapat semula momentum nak study.

26/11/2010
technology dna recombinant

30/11/2010
immunology

3/12/2010
eukaryotic microorganisms

6/12/2010
bacteriology

8/12/2010
microbial physiology and biochemistry

9/12/2010
general microbiology

insyaAllah bersama petunjuk dan kejayaan. moga semua dapat yang terbaik.
fight-oh uh!!!

Friday, November 19, 2010

stay!

i was


but now i'm certain.
alhamdulillah..

thanks to all.
jazakumullahukhoiran kathira..

another semester will do.
stay!

Tuesday, November 16, 2010

eiduladha.

alhamdulillah. cuba mencari kelainan untuk eiduladha kali ni. by the way, mahu share untuk hari ni. walaupun ada perbalahan pasal puasa hari ni (selasa, 9 zulhijjah di malaysia), insyaAllah saya teruskan. mungkin dah terlambat tapi xpe la.

Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda:

“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”

(HR Muslim)



~Mountains of Mekkah by Zain Bhikha~

Oh Mountains of Mecca, what can you say
Of the day that Abraham passed your way
And He was instructed by God to build
A House of peace where people will pray

And they will come on every lean camel and out of every ravine
For the purpose of praising Allah, to glorify Allah

Oh Mountains of Mecca, what can you tell
Of the day when stones from the sky fell
Destroying an army determined to break
The House of Allah that Abraham built

Oh Mountains of Mecca, how was the dawn
On the day that my Prophet Muhammad was born
How did it feel knowing he was to be, the last and most beloved of all
Rasul of Allah, Nabi of Allah

Oh Mountains of Mecca, you were there
When the Prophet Muhammad climbed down in despair
Engraved in his heart were the words of his Lord
To all of mankind this was his call

La illaha illAllah, Muhammad-u-Rasullullah
Oh people praise only Allah, Glorify Allah

Oh Mountains of Mecca, how did you mourn
On the day that the beloved returned to his Lord
And up till the last breath escaped from his lips
He prayed that his Ummah would find success

Oh Mountains of Mecca how will it feel
When the earth shall quake and tremble with fear
And we shall be gathered together to stand
In the court of Allah with our deeds at hand

Oh how we pray that on that day, we'll be with those to whom Allah will say
Peace be with you, I am pleased with you

Oh Mountains of Mecca, Bear witness that I
To the oneness of Allah do I testify
For all that He's given me, How can I deny
My purpose in life should be only to cry

La illaha illAllah, Muhammad-u-Rasullullah
There is no god but Allah, Muhammad's His Messenger
Allahumma Salli Alla, Muhammad Rasullillah
Allahumma Salli Alla, Muhammad Nabi Allah
Allahumma Salli Alla, Muhammad Rasullillah

p/s : menyelusuri sirah melalui lagu :)

Monday, November 15, 2010

sayonara.

"Jahiliyyah umpama chewing gum yang melekat di kasut. Tak selesa dan annoying. Menanggalkannya tak mudah dan ia juga meninggalkan kesan yang tak best"
~Anonymous~

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
segala puji hanya untuk Allah. yang pengaturan-Nya adalah yang terbaik buat kita.

jom perah otak jap. bayangkan bila non-muslim tanya kita what is islam?

erk? islam tu, agama la..

islam? cara hidup. tapi x sure nak explain camne..

itu je ke yang kita mampu jawab? walaupun dah hampir 20 tahun hidup sebagai muslim? huhu. xde umphh pun jawapan tu. tapi saya berharap bila jadi pada diri sendiri, mampu jawab dengan nada convincing gitu. insyaAllah..

and apa pulak jahiliyyah?

orang2 yang x tahu islam. macam masa zaman nabi dulu..

jahil tu maksudnya x tahu. tapi x tahu apa?

ok lah. nak bagi jawapan. kalau zaman nabi dulu, jahiliyyah tu kita bolah kata x tahu islam. tapi sekarang, yang tahu islam pun jahil jugak. jahiliyyah adalah al-hawa, yakni apa2 selain islam. islam tu kan syumul. menyeluruh. segala yang baik adalah islam. bersih=islam. punctual=islam. love=islam. etc. etc. tapi semua ikut syariat la. clear kan?

33;33 , 48;26 , 5;50 , 3;154

jahiliyyah adalah apa2 yang menghalang muslim daripada jadi mukmin. eh2? x ke sama muslim dengan mukmin tu? haa. mungkin itu silap kita. manusia sekarang x susah nak jadi muslim. masuk islam dah dikira muslim. tapi mukmin? ramai je muslim yang bukan mukmin. nama pada ic islam, tapi lifestyle kita? fikir-fikirkan. kadang2 kita nampak perkara besar je jahiliyyah. tapi sedar x kita perkara2 kecil pada diri kita pun jahiliyyah?

for instance, smoking. isnyaAllah saya dan kawan2 xde la smoking. tapi ramai je kan orang islam yang smoking? boleh ke saya cakap smoking tu jahiliyyah?

smoking=penyakit=membazir duit=x menjaga diri=berdosa=jahiliyyah.

tu baru smoking. dan banyak lagi yang kita x aware. saya tahu saya pun masih banyak jahiliyyah yang perlu dideletekan. for sure x mudah. tapi jom try sama2. slowly ok. identify, then eliminate.

jahiliyyah umpama barang2 yang x perlu ada. bayangkan, kalau kita nak pergi hiking, ada ke kita bawak barang2 yang x perlu macam kuali, tong gas dan sebagainya? logiknya, mesti la berat kan. x perlu pun. so, untuk jadi muslim yang lebih baik (analogi hiking tadi) lepaskanlah jahiliyyah dalam diri. sayonara jahiliyyah, dan jangan jumpa lagi.

mujahadah!
2;286 , 13;11

Sunday, November 7, 2010

muhasabah lagi.

mula2, asif pada semua ahli famili bloggers yang lain. dah lama x jenguk laman kamu2. kegagalan menguruskan masa melimitkan waktu untuk online. huhu. insyaAllah, i'll try and keep myself updated ok.

sedikit peringatan untuk saya dan rakan2,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Tiada seorang muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, keseksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan sehingga cucukan duri yang mengenainya melainkan dihapuskan oleh Allah sebahagian daripada kesalahannya."
(HR Abu Hurairah r.a.)

apalah sangat rasa berat kita x faham study, sibuk dengan projek, x sempat makan, x cukup tidur, x siap kerja dan sebagainya kalau nak dibandingkan dengan orang di luar yang lagi susah ujian mereka. moga kita jumpa hikmah di sebalik kesusahan yang x seberapa ni. fikir dan fikir lagi, buat kita yang mungkin selalu mengeluh. alhamdulillah. pinta rasa bersyukur. masih terlalu banyak nikmat yang diterima.

saya yang selalu lupa...

Sunday, October 31, 2010

...

rindu pada famili

Saturday, October 30, 2010

hiking.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
hari yang indah. unexpected. memorable.
bersama mereka yang tersayang.
berinteraksi dengan alam.
mencari redha Allah.
:)

Thursday, October 28, 2010

mendung.


langit x selalu cerah. kadang2 gelap. mendung. sayu je. boleh jadi nak hujan.
tapi,
saya yakin mendung pun Allah yang bagi. betul kan?
pasti asbabnya jelas. insyaAllah. lepas tu mungkin ada pelangi pulak kan?
:)

Wednesday, October 20, 2010

jangan menyerah.

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa
~D'Masiv

Sunday, October 17, 2010

sepetang bersama mama.

alhamdulillah. sepetang bersama mereka yang tersayang. mama dan kak yan. bersama bergelas-gelas kasih sayang. dan x lupa nasihat2 yang mengusik hati. insyaAllah saya berlapang dada. terima kasih mama. insyaAllah ni yang terbaik buat semua.

Tuesday, October 12, 2010

risau.

risau bila banyak bercakap. risau bila diminta pendapat. risau jugak bila memberikan nasihat. kerisauan yang jelas. kerana saya takut tersasar bila diuji dengan setiap apa yang pernah saya katakan. asif atas segala apa yang x kena. semoga kita semua lebih aware dengan perkataan kita lepas ni. semoga kita kuat.

As-Saff ; 2-3

Sunday, October 10, 2010

serupa.


biarlah jemaah apa pun. bawalah nama apa pun. walaupun berlainan cara, matlamat kita tetap serupa. insyaAllah. mencari mardhotillah. moga kita berlapang dada. ameen.

Friday, October 8, 2010

setelah aku dipaling.

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada Yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMu

Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

~by RAST

dapat lagu ni daripada cik tma :)

Thursday, October 7, 2010

gifted.


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

setiap daripada kita punya kelebihan anugerah Allah yang tersendiri. cuma kadang2 kita je yang x tahu. sekadar mahu rasa mencukupi. jadi hamba yang bersyukur, insyaAllah. post ni sebab teringat sharing daripada akh siddik tadi. seorang insan biasa yang disegani ramai atas kelebihan yang dikurniakan kepada beliau. dengan ilmu dan pengalaman luar biasa beliau, pengisian yang dberikan memang saya suka. insyaAllah dapat digest dengan baik. cuma sekarang sangat berharap sitting usrah still hari isnin. mahu dua2, sitting dan sharing..

Monday, October 4, 2010

kakchik.

dedikasi khas buat adik saya yang ketiga, nor 'alia mohamad azhar. akan menempuh medan imtihan bermula esok. go kakchik!!!

semoga mendapat yang terbaik dalam pmr ni. jangan tension2. relax je. moga bersama petunjuk dan kejayaan Ilahi. fight-oh uh!!!

5/10 - bahasa melayu & pendidikan islam
6/10 - bahasa inggeris & geografi
7/10 - sains & sejarah
11/10 - matematik & kemahiran hidup
12/10 - bahasa arab

Sunday, October 3, 2010

mata.

alhamdulillah. dipinjamkan sepanjang mata oleh Yang Maha Pemurah. walaupun sekarang dah kurang keupayaan dan perlu pakai cermin mata. apa2 pun, yang pasti mata memang antara nikmat Allah yang x terkira besarnya.

dengan mata kita melihat kebesaran kuasaNya. dengan mata kita dapat belajar, membaca etc. dengan mata jugak kita dapat lihat wajah mak ayah yang insyaAllah, semuanya dapat pahala tau!

tapi banyak lagi yang perlu diigatkan. dengan mata kita melihat maksiat. dengan mata kita tengok perkara2 yang x sepatutnya. topup akaun dosa lagi? astaghfirullah. muhasabah lagi. moga kita x jadi manusia yang luput mensyukuri. huhu.

sikit sharing yang x berapa nak sharing. sebab perkara biasa pun ni. hehe.

habit saya kalau nak tumpukan pada sesuatu yang x perlu dilihat, saya suka pejam mata. sudah develop habit ni sejak dulu. woahh. tapi jangan salah tafsir ye. bukan nak tidur. kalau terasa mengantuk saya akan membutangkan mata sebutang-butangnya. hehe. lepas ni sila check bila masa saya suka buka mata besar2.

ok. bila pejam mata, kita x perlu nak lihat apa2. dan otak pun x perlu la nak tafsirkan apa2. ni sudah save up energy. plus, deria kita akan lebih tertumpu kepada apa yang kita sedang buat. contoh : berzikir, mengahafal, etc. haa. kan bagus tu. khusyuk sikit. insyaAllah. tapi, keinginan dan usaha tu kena ada la. kalau x memang x dapat concentrate dan rasa apa2. common sense kan? sekadar peringatan biasa.

nota kaki : lama x menulis panjang2 *walaupun xde la panjang mana pun* ;)

Friday, October 1, 2010

cinta yang sempurna.

Cinta Yang Sempurna – 6ixth Sense feat. Noe (Letto)

Terbawa aku dalam rasa
Yang selama ini terlupa
Ooohhh Ooooh
Mungkinkah ini cinta…

Hatiku cuba
Tuk mencari
Kemana aku telah pergi
Ooohh Oooh
Mungkin ini semua mimpi

Hanya ilusi
Cinta yang menipu
Keindahan yang semu
Semua hanya palsu
Keindahan semu
Semua hanya palsu

Bawa aku….
Kepada MU
Keindahan yang tak semu
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan
Ku terlupa pada Mu

Kasihku tempat mengadu
Takkan ada cinta yang bisa sempurna
Selain kepadaMu
Kepada Mu.

Monday, September 27, 2010

rindu.

alhamdulillah. dah lebih 2 minggu syawal menjengah. ramai pun yang dah habis puasa 6. tapi dah x dengar lagi takbir raya yang live punya. macam awal2 raya dulu. hanya yang recording. rindu.

Friday, September 24, 2010

karat.

.berus besi x mampu membuang karat jahiliyyah.

Wednesday, September 22, 2010

busy.

Daripada Ma'qil bin Yasar r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :
Beribadat di saat huru hara (dunia kacau bilau), adalah seperti berhijrah kepadaku.
(HR Muslim)

NOW, REMEMBER! (nada dr hasimah) ;)

sesibuk mana pun kita dengan hal dunia ni (sebagai student =.=), moga kita tetap menjalankan tanggungjawab sebagai 'abid dan khalifah, insyaAllah..

Tuesday, September 21, 2010

ya ayyuhasy syabab!

berehat sebentar bersama blog di tengah kesibukan menyiapkan lab report.


get the message?

Sunday, September 19, 2010

sandaran hati.

~by Letto~


yakinkah ku berdiri

di hampa tanpa tepi

bolehkah aku

mendengarMu


terkubur dalam emosi

tak bisa bersembunyi

aku dan nafasku

merindukanMu


terpuruk ku di sini

teraniaya sepi

dan ku tahu pasti

Kau menemani


dalam hidupku

kesendirianku


teringat ku teringat

pada janjiMu ku terikat

hanya sekejap ku berdiri

kulakukan sepenuh hati


peduli ku peduli

siang dan malam yang berganti

sedihku ini tak ada arti

jika Kaulah sandaran hati

Kaulah sandaran hati


inikah yang Kau mahu

benarkah ini jalanMu

hanyalah Engkau

yang ku tuju


pegang erat tanganku

bimbing langkah kakiku

aku hilang arah

tanpa hadirMu


dalam gelapnya

malam hariku


dedikasi buat sahabat : najwa hanim. teringat kamu oke bila dengar lagu ni. kenangan masa muda2 dulu. ecehh ;)

Saturday, September 18, 2010

subtle.

.ghazwul fikr yang berleluasa.

Friday, September 17, 2010

mazhab.

sharing daripada akh hafinas adamtiara..

Oleh: Moderator MSFTW

Si A: Kau tahu tak bahawa menyentuh Isteri sebenarnya tidak membatalkan Wuduk

Si B:Tapi dalam mazhab Syafie mengatakan ia batal. Kita kena la ikut Mazhab Syafie

Si A: Bagaimana pula kau kata kita mesti ikut Mazhab Syafie? Yang kita perlu ikut ialah Quran dan Hadith yang sahih.

Si B: Kau ni tak belajar ke. Kan ustaz kita kata kena ikut 1 mazhab sahaja. Kau jangan cuba hina Imam Syafie

Si A: Aku nak tanya kau, apa nama sebenar Imam Syafie dan apa kitabnya?

Si B: Err...Err.. Mana lah aku tahu.

Si A: Kau sendiri tak tahu nama sebenar Imam Syafie (Muhammad Bin Idris) apatah lagi kitabnya ( Al-Umm, Ar Risalah dll). Jadi aku lebih mengetahui mengenai mazhab Syafie melibihi kau.

Si B: Tapi Malaysia mestilah ikut Mazhab Syafie. Kalau dah keluar negara tu barulah boleh tukar Mazhab.

Si A: Sejak bila Imam Syafie membentuk Mazhab ikut sempadan negara? Sempadan yang ada kini pun sempadan yang ditentukan oleh British. Mana mungkin mazhab mengikut garis sempadan yang dibuat British? Ketika Zaman Imam Syafie (wafat 204 H) negara Malaysia belum lagi terbentuk.

Si B: Tapi kita kena la ikut 1 pendapat Mazhab sahaja. Mana boleh tukar-tukar.

Si A: Aku lebih mendalami ilmu mazhab Syafie dan Imam Syafie tak pernah kata macam yang kau kata.

Imam Syafie pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Si B: Err..Err.. Kau mana boleh cakap macam tu. Kau bukan Ustaz. Kau kena dalami dulu ilmu agama betul-betul baru boleh cakap (Si B sudah berada dalam situasi mati akal namun tetap berdegil)

Si A: Kau pernah dengar hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim?

Si B: Mestilah pernah sebab itulah hadith yang paling banyak keluar dalam ceramah dan TV. Tu kan hadith sahih.

Si A: Kenapa kau tak pakai riwayat Imam Syafie? Kenapa kau pakai Riwayat Imam Bukhari dan Muslim? Bukankah itu seperti menjadi Mazhab Bukhari dan Muslim?

Si B: Err.. Err.. Tapi Imam Syafie lebih pandai dari kita kan? Lebih pandai dari Ulama sekarang

Si A: Saya ingin bertanya, antara Dr Yusuf Qardawi dan Imam Syafie, yang mana lebih banyak berjumpa dengan hadith sahih?

Si B: Sudah tentulah Imam Syafie. Dia kan Imam Mazhab (Si B memberi jawapan tanpa berfikir)

Si A: Imam Syafie wafat pada tahun 204 H. Manakala Imam Bukhari lahir pada 194 H. Ketika wafatnya Imam Syafie, Imam Bukhari berumur 10 tahun dan ketika itu Sahih Bukhari masih belum wujud. Maka Imam Syafie belum pernah membaca kitab hadith paling sahih iaitu Sahih Bukhari. Dr Yusuf Qardawi pernah membaca Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud , Sunan Tirmizi, Sunan Ibn Majah dan Sunan Nasai yang kesemuanya wujud selepas kewafatan Imam Syafie. Jadi Dr Yusuf Qardawi melihat lebih banyak pendapat dan membandingkannya.

Si B: Kau siapa nak menilai Ulama macam tu. Kau sendiri tak perfect lagi. Kau kena belajar lagi jangan main cakap sebarangan (Si B menggunakan hujah emosi untuk mempertahankan egonya).

Si A: Kau pernah bayar Zakat tak?

Si B: Mestilah pernah, itu kan Wajib.

Si A: Kalau ikut Mazhab Syafie, tidak sah zakat dengan mata Wang sekarang. Ia hendaklah dari barangan ruji dan asasi. Jika ikut Mazhab Syafie, kau tak boleh berurusan dengan air di mesin kerana air di mesin tidak ada akad " Aku jual, aku beli".

Kalau satu-satu pendapat Imam Syafie itu lebih kuat dalilnya berbanding Imam lain, maka kita ambil pendapatnya.

Kesemua Imam Mazhab berpendirian yang sama dalam hal ini.

Imam Abu Hanifah berkata: (mazhab hanafi)
“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

Imam Malik berkata: (mazhab maliki)
“Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang kadang salah dan kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, maka ambillah. Dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, maka tinggalkanlah.” (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)

Imam ahmad bin Hambal berkata: (mazhab hambali)
“Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)

Imam Mazhab itu adalah salah seorang perawi hadith sahaja. Dan ada beratus perawi hadith di dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bukan dihadkan kepada 4 orang sahaja. Lihat:
http://ahlulhadist.wordpress.com/

Si B: Tapi hormatilah mazhab lain. Jangan menghina mazhab lain

Si A: Ini bukan soal menghormati dan menghina. Kitalah yang menghormati Imam-imam Mazhab jika berdisiplin mengikut hadith yang sahih dalam sesuatu hukum tanpa taksub kepada tokoh. Ini kerana semua Imam berdisiplin sama dalam hal ini. Jika kamu nak tahu, mazhab maliki menghalalkan makan daging anjing. Bolehkah kita membenarkan perkara itu? Kita mestilah menegahnya dan mengemukakan dalilnya. Mungkin Imam Mazhab tidak berjumpa dengan hadith tersebut namun dijumpai oleh Imam yang lain.

Si B: Kau ni nak ikut mazhab lain kau lagi pandai dari Imam Syafie ke?

Si A: Kau ni taqlid dengan mazhab Syafie kau lebih pandai dari Imam Malik, Imam Ahmad Bin Hambal dan Imam Abu Hanifah ke?

Si B: Dah la, malas aku nak bercakap dengan kau. Baik kau pergi belajar dulu dan belajar dengan guru. Kau WAHABI !!! (Senjata terakhir)

KESIMPULAN

Moralnya di sini, jika kita orang awam menyaksikan perbualan ini, akal yang waras akan dapat membezakan siapa yang salah dan siapa yang benar dalam perbualan ini. Namun amat didukacitakan ego menghalang seseorang dari menerima kebenaran dan menilai pendapat.


Kata Ulama mahsyur Dr Yusuf Qardawi:


Sikap taksub mazhab fekah begitu kuat dalam masyarakat kita, sehingga mereka enggan melihat pandangan-pandang luar mazhab mereka yang mungkin lebih kukuh dan bermanfaat. Kelompok agama jenis ini hanya berusaha agar pengikutnya tidak keluar, sekalipun terpaksa menolak dalil yang sahih. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwat al-Islamiyyat bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Madhmum, m.s 202,Kaherah: Dar al-Sahwat (1991)

Wallahua'lam.

Thursday, September 16, 2010

seorang yang x seorang.

alhamdulillah. balik semula ke kolej. saya mungkin seorang2 sekarang ni. tapi sebenarnya x. Allah kan ada. di kanan dan kiri jugak ada. syukran bagi yang concern. jazakumullah.

Tuesday, September 14, 2010

microbe.

beraya pula bersama journal, lab report, presentation dan poster.

Monday, September 13, 2010

puasa 6.

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam di hari bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun.

(HR Muslim)

Sunday, September 12, 2010

steps.

.insyaAllah.

graduates from the best madrasah. ramadhan kareem. hoping that we passed it successfully. paradigm shifts? may we have the istiqamah in everyday lives.

self-building. through the best life manual. may we not leave the quran and sunnah.

long journey? maybe a short one to the eternal life. may Allah bless us with strength, guide our way and not to let us go astray. may we reflect the real muslim.

.ameen.

Friday, September 10, 2010

1 syawal.

hari pertama meninggalkan ramadhan. alhamdulillah. segala puji-pujian hanya untuk Allah.

sejak malam tadi dah boleh dengar orang takbir raya sana sini. kt masjid, tv, etc. sayu hati ni.

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”
(HR at-Tabrani)

moga masih berpeluang dengar takbir raya lagi lepas ni. insyaAllah.

sikit sharing2 di hari pertama lebaran:

Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:”Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ?” Hari itu adalah hari ’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (‘Id) dan hari ini adalah hari raya kita.”
(HR Muslim)

berharap hari kemenangan ni layak untuk diri ni...

Thursday, September 9, 2010

malam raya.


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

diberi kesempatan menghabiskan ramadhan tahun 1431H ni. moga ramadhan kali ni lebih bermakna daripada yang sebelumnya. dan semoga kita semua diredhai Allah. moga Allah pertemukan kita lagi dengan bulan mulia ni untuk tahun2 yang akan datang. ameen.

sikit sharing2 sempena malam 1 syawal.

Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW
bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”
(Ibnu Majah)

mari hiasi syawal kita dengan takbir, tahmid dan tasbih insyaAllah..

nota kaki : teringat pesanan sisters ukhuwwah fillah. moga segala amalan yang dilipat gandakan sepanjang berada di madrasah tarbiyyah kali ni x terhenti setakat bulan ramadhan je. insyaAllah bulan mulia ni dijadikan platform untuk gain inertia untuk 11 bulan yang akan datang. moga kita semua dipermudahkan olehNya. ameen..