Friday, May 30, 2014

leaves.


musim luruh semakin mengundurkan diri. musim sejuk mula memberi salam.

250514
250514
250214

berharap dosa-dosa dapat gugur seperti gugurnya daun-daun musim luruh.
T_T

Saturday, May 24, 2014

ruh ihtimam.


wajibat al-akh keempat:

"Anda hendaklah menjauhkan tabiat mengambil minuman kopi, teh atau minuman perangsang secara berlebihan."



ouch! kopi dan aku. akan berusaha untuk kurangkan. btw bagi yang belum tahu, melbourne adalah salah satu syurga kopi dunia.
coffee shop everywhere. mujahadah!

sarana ukhti tercinta agar menulis tentang kehidupan (you know who you are ;)). sama seperti pesan ukhti muharikah, agar kekal menulis, kongsilah apa sahaja. kerana apa? kerana mungkin sahaja ada rahsianya.

tertulis dalam bab 14 titik tolak oleh abu ammar,

daie itu akan bekerja, di mana pun dia berada dan ke mana pun dia diusir. tidak rindu dan teringat kepada mana-mana tanah. tidak sempit dengan batas sempadan yang diada-adakan oleh penjajah, bersaudara dengan seluruh umat muslim. jika tidak mengembara, berkemungkinan kerana dia terpenjara. maka penjara pula menjadi pengembaraan rohani dan pemikirannya.

jujur aku rindu bumi malaysia. tempat jatuh lagikan dikenang. dan kerana ruh ihtimam itu, kita tidak terpisah, walau di benua mana pun kita berada. berbuatlah di mana sahaja pun. asalkan berbuat kerana Allah.

so, here it goes. moga Allah redha..

Thursday, May 22, 2014

tak terlihat.


menjadilah wahai diri laksana uwais. ataupun tidak julaibib. ataupun mereka yang seangkatan.

bila ada tidak disebut. bila tiada tidak dicari. ibarat semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap.

purity. sincerity. period.


ya muslimun, ainal ikhlas?

mode : mendidik jiwa.

Sunday, May 18, 2014

retorik.


Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?
(4:87)

Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?
(9:111)

retorik, bukan?

Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan kepadamu.
(40:60)

galau. kerana manusia tak sentiasa memahami, mintalah kepada Tuhan. dan Dia selalu ada.

Tuesday, May 13, 2014

sabr.


kata almarhum aden,

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa

entah mungkin kerna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali agar aku kembali

dalam fitrahku sebagai manusia
untuk menghambakanMu
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu

aku ingin mencintaiMu setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku

aku ingin mendekatiMu selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemu denganMu
Ya Rabbi

040514

di jalan yang panjang ini aku belajar perihal kecintaan. dan memang tak mudah untuk belajar cinta.
sabar dan kuatkan kesabaran (3:200)