Monday, June 19, 2017

Mesra bicara.


Di akhir-akhir Ramadhan ini, aku belajar mencintai berdoa daripada mencintai termakbulnya doa. Bermesra mengadu kepadaNya berbanding bermesra dengan hasil pemberian dariNya. Mensyukuri kesempatan berbicara kepadanya lebih daripada mensyukuri segala yang ditaqdirkan olehNya.

Segala puji selayaknya hanya dikembalikan kepada Allah swt. Semoga sentiasa diberikan ilham untuk mensyukuri segala jenis nikmat yang dilimpahkan kepada kita. Allahumma ameen.

No comments:

Post a Comment

anything to say?