Thursday, October 22, 2009

egois.

lagi perkongsian. egois daripada mestica. baru taaruf dengan lagu nasyid ni semalam daripada seorang teman. tapi kami dan pun mesra hari ni. ni lirik2 hikmat:

Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan
setelah 'dibaca antara dua baris' , saya berpendapat yang lagu ni ditujukan kepada semua dan setiap pemimpin yang ada di atas muka bumi ni. ni hanya cara saya tafsirkan lagu ni. mungkin lain bagi orang lain.
tapi suka saya ingatkan di sini. bahawa setiap satu daripada kita adalah merupakan pemimpin sebenarnya. bagaimana pula boleh macam tu?? jika difikir kembali, kita secara automatik dan x sedar bahawa kita sering dan selalu memimpin diri kita saban hari. dalam erti kata lain, memimpin membuat keputusan dalam setiap apa yang kita mahu dan sedang buat. x perlu menjawat apa2 jawatan. besar atau kecil. kita sudahpun digelar pemimpin hari ni. apa lagi pada masa akan datang. memimpin keluarga, dan juga ummah. insyaallah.
silalah dalami maksud untaian kata di atas ni. jika terkena pada batang hidung sendiri, sama2 lah kita hijrah ke arah yang lebih baik.

4 comments:

  1. ye..sy responsif..
    heu fareha..ini lgu febret sy lah..
    lalalla~

    ReplyDelete
  2. hehe. ye la cik najwa hanim o0i...

    ReplyDelete
  3. SALAM
    nmpk ny kte tw sape bg lgu tu
    ahahahaah
    arini bru rjin tgk blog faa ny
    u r such lit maniac ar
    ^-^

    ReplyDelete