Friday, November 15, 2013

a blog as a diary. curhat semata T_T


segala puji-pujian selayaknya hanya untuk Dia yang Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. 

yang mengetahui segala isi hati. yang terlihat dan tak terlihat. yang amat dekat dengan hamba-hambaNya. yang mengampuni dosa mereka. yang memberi ampunan seluas langit dan bumi yang tak berpenghujung. yang mempunyai rasa kasih yang tak terbatas. yang amat pemurah dan melimpah ruah rahmatNya.

diri ni hari-hari jadi pendosa. tapi Dia masih sayang. bila terasa teguran dan gurauan Dia, teringat kembali kisah mencintai penanda dosa yang pernah dikongsi oleh akhi salim. sungguh. beruntung punya penanda dosa yang menjadi peringatan dan pembakar semangat.

moga Dia pandu langkah-langkah kita. kerana sememangnya hanya Dia yang kita perlu. bukan manusia. bukan harta. hanya Dia. hanya Allah.

Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku dan bukan di hatiku.

mode : sangat merindui zaman itu. zaman yang bersungguh-sungguh bekerja. tapi perasaan ni, siapa faham?
T_T

Monday, October 21, 2013

tawakkal cik kurr.



Sabda Rasulullah s.a.w,

Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.

(HR Tirmidzi)

Friday, October 18, 2013

sesi cermin.


Sabda Rasulullah s.a.w,

Lihatlah kepada mereka yang lebih rendah daripada kamu, jangan melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripada kamu, kerana itu lebih wajar supaya kamu tidak memperlekehkan nikmat Allah.

(HR Bukhari dan Muslim)