Friday, February 25, 2011

february 25th.


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
tanggal 25.2.1990. sudah pun 21 tahun membina hidup bersama. selamat ulangtahun perkahwinan buat mereka yang tersayang. tanpa mereka, tiadalah saya dengan izin Allah. syukru lillah.
love u both, always :)


tanggal 25.2.1994?

ada apa dengan tarikh ni? ok saya admit. masa tu umur 4 tahun. masa tu pasti saya x ambil kesah pun hari ulangtahun perkahwinan mak dan ayah. apa lagi trajedi hebron massacre. hebron massacre? yup. jom singkap semula sejarah islam.

shortly, hebron massacre ni sebenarnya adalah hari di mana berlakunya peristiwa pembunuhan umat islam beramai-ramai di masjid ibrahim yang terletak di bandar al-khalil, hebron sewaktu solat subuh di satu hari dalam bulan ramadhan. 60 orang syahid dan lebih kurang 300 cedera. innalillahi wainna ilaihiraji'un.

dalang di sebalik kejadian ni adalah seorang doktor perubatan warganegara amerika, dr. baruch goldstein. tapi bukan dia seorang je yang terlibat. turut serta, askar-askar zionis yang mengepung kawasan masjid ibrahim. nak dijadikan cerita, suatu hari dr. goldstein ni bertekad untuk memperlihatkan kepada satu dunia sikap tipikal zionis yang x suka penempatan orang arab di tanah palestin.

so, waktu orang tengah solat dr.goldstein ni pun berdiri di belakang saff terakhir, opposite dengan imam. dikatakan dia dalam posisi ni supaya senang nak escape daripada masjid (dekat dengan pintu) dan untuk maksimumkan jumlah orang islam yang akan ditembak nanti. by the time semua sujud, dia mula menembak guna grenade. bunyi tembakan ni pun alert semua orang yang ada kat luar masjid, including masyarakat awam yang lain dan askar-askar yang mangepung masjid. bantuan disekat daripada masuk ke dalam masjid. siapa yang membantah ditembak. siapa yang terselamat keluar dari masjid juga ditembak. ramai yang syahid waktu ni. insyaAllah mereka dijanjikan syurga. ameen.

at the end, dr. goldstein ni pun terkorban. walaupun terbunuh, tapi dia dianggap wira oleh masyarakat zionis. begitulah pengakhiran hebron massacre. asif jika x banyak detail. hanya seposen dua ringkasan cerita daripada odyssey. semoga ada yang terbuka hati untuk cari tahu lebih mengenai kisah ni. wallahu'alam..

Wednesday, February 16, 2011

creative.


motivasi yang comel. credit to acik. kita cari pengajaran di sebalik video ni ok.


one point noted, dakwah pun perlu creative! macam tangga piano ni. hmm. fikir lagi macam mana nak jadi creative.
(^_^)

Tuesday, February 15, 2011

teristimewa.


allahumma solli'ala saidinamuhammad wa'alaalihi wasohbihi wabarik wasallim. alhamdulillah. masih ada chance untuk sharing2 kat odyssey. ok hari ni maulud nabi muhammad s.a.w. tanggal 12 rabiulawal. plus, jangan lupa tarikh baginda muhammad s.a.w. wafat pun 12 rabiulawal. so, mahu coretkan sesuatu. sekadar motivasi buat diri sendiri dan yang membaca, insyaAllah.


malu nak mengaku cintakan rasulullah s.a.w. insan mulia yang cintakan umatnya lebih daripada umatnya cintakan baginda. diri sendiri macam mana? sunnah x semua dapat buat. selawat pun berapa kali je sehari. sirah banyak x tahu lagi. raheeq makhtum pun x khatam lagi! huhu. malu jugak nak tulis lebih2. risau x mampu tunaikan. fikir. fikir. dan fikir sendiri. emm teringat satu entri daripada bloglist odyssey. quote daripada satu rancangan tv luar negara:

"apa yang akan kamu katakan pada rasulullah s.a.w. andai baginda masih hidup sekarang?"

lebih kurang la soalannya. hmm. saya tanya pada diri sendiri. jawab juga pada diri sendiri. apa yang saya jawab? biarlah rahsia antara saya dan Allah s.w.t.