Thursday, July 16, 2015

Of taufiq and red ferrari.


Petunjuk Allah itu sahaja adalah petunjuk. Ketika Allah memberi taufiq kepada seseorang dari usaha seorang daie lalu disediakan orang itu untuk menerima dakwahnya, maka natijah penerimaan itu adalah besar pahalanya. Kerana?

menyelamatkan orang itu daripada neraka dan membantunya masuk ke dalam syurga,
dan
daie mendapat pahala amal sepertimana orang yang didakwahi melakukannya,
dan
orang yang didakwahi menjadi penolong menyampaikan dakwah (ie MLM),
dan
menegakkan islam tanpa melibatkan pertempuran sebaliknya hikmah dan kebaikan,
dan
mengurangkan jahiliyyah dan menguntungkan islam.
dan
dan
Dan semuanya lebih baik daripada unta merah. Lebih baik daripada ferrari merah.


(010515, Baitul Huda)

Melihat mereka, hati berbunga. Melihat mereka, hamasah terbina. Alhamdulillah. Segala syukur dikembalikan kepada yang selayaknya. Bukanlah kita yang memberikan hidayah sebaliknya Allah. Bukanlah kita menentukan natijah sebaliknya Allah. Kita hanya berusaha. Moga Allah izinkan jadi perantara. Allahumma ameen.

No comments:

Post a Comment