Wednesday, August 19, 2015

tragedi mati berkali-kali.


mukmin itu matinya hanya sekali. iaitu awal pertemuan bahagia mukmin dengan Tuhannya. tapi orang yang bukan mukmin itu matinya berkali-kali. kenapa? kerana adanya mati hati, mati pendengaran dan mati penglihatan.

Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran, dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai. (An-Nahl 16:108)

baru-baru ni, bekas mutarabbi saya yang pertama menyatakan sesuatu yang membuat saya lama berfikir. biasa untuk kami saling bertanya khabar dan update masing-masing. tapi kali ni  kerisauan itu berbeza. katanya, semakin lama atas jalan dakwah dan tarbiyah ni hati semakin keras. jujur, ini bukanlah kali pertama saya berhadapan dengan pernyataan dan soalan sebegini. tapi saya jugak masih belum menemukan jawapan yang terbaik. perbicaraan kami yang selebihnya itu biarlah disimpan.

mungkin satu saja point yang boleh saya kongi di sini. expectation hanya kepada Allah. Dia adalah seperti sangkaan hambaNya. expectation kepada manusia? mungkin kita akan kecewa. apa pun, teruslah mencari kebaikan daripada manusia walaupun mereka (baca: kita) tak sempurna. hakikatnya segala sesuatu hanya datang daripada Allah. bersyukur dan berterima kasih kepada manusia beerti bersyukur dan berterima kasih kepada Allah. alhamdulillah.

agar hati tak mati berkali-kali (muhammad al-bani, 2009),
maka berilah peringatan kerana peringatan itu berguna untuk mukmin.


gambar hiasan :)

dalam kelelahan, bersama mereka memberi ketenangan biidznillah. akhawat, terima kasih.

No comments:

Post a Comment