Tuesday, March 30, 2010

...


alhamdulillah..sempat singgah odyssey kejap..ok..curi masa sikit..rindu nak menulis..hehe..

lately hidup duniawi ni tersangatlah busy. risau jugak akhirat keciciran. rasa macam 24 jam yang ade ni x cukup. huhu. naudzubillah. moga2 pengurusan masa saya semakin baik minggu ni.

macam2 hal jadi minggu lepas. tapi insyaAllah semuanye mengisi hidup ni dengan baik. gi shopping 2nd time di klibf. dental appointment. test sana sini. usrah tercinta. fasilitator instant kem motivasi pelajar sekolah. volunteer earth hour. dan macam2 lagi laa. dan hari ni duty saya yang pertama kalinya sebagai reader. agak excited. tapi berharap sangat saya mampu pikul semua ni. risau hati ni x ikhlas. huhu. moga2 istiqamah terjaga.

pape pun, presentation tinggal satu je lagi. assignment pun tinggal lagi 2. alhamdulillah. x sabar nak habis study week ni. x start struggle lagi untuk final exam akan datang. huhu. xpe2. go fareha!!! fight-oh uh!!!

(^_^)

Wednesday, March 24, 2010

rawat hati.


alhamdulillah. masih lagi punya hati yang insyaAllah, dipegang oleh Allah jua. eh2. ni bukan entri pasal ubat hati lagi ye. cuma sedikit perkongsian dan peringatan dari diri yang masih mentah dan kurang pengalaman ni. moga2 berkesan dengan izin-Nya.

satu perkara yang saya kira sangat simple dan paling selalu saya amalkan.

pujuk diri sendiri. ingatkan diri yang rezeki ada di mana2 dan x kira bila. betul3. kita imani bahawa Allah itu Maha Adil. so, kenapa risau bila orang lain dapat sesuatu yang lebih dari kita? yakinlah kalau rezeki kita belum ada lagi masa tu, insyaAllah akan ada jugak kelak. mungkin lebih lagi daripada orang lain yang sebelumnya.

x payah pikir susah2. ketentuan Allah itu pasti. kalau pun kita berusaha sehabis mungkin tapi still x dapat hasil yang memuaskan, x perlu sedih yang berlebihan. kun faya kuun. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba2-Nya. selalu ingatkan diri kalau Allah memandang usaha kita dan penilaian kita akan hasil yang kita dapat. sama ada kembali mengadu pada Allah atau lebih jauh daripada-Nya.

moga2 kita semua berfikir. moga kita dapat sesuatu daripada berfikir. moga2 kita semua masih di bawah lembayung rahmat Ilahi. moga2 kita semua punya hati yang kuat. dan moga2 saya jugak mampu tunaikan apa yang saya tulis kali ni. AMIN.

^_^
~chill~

Tuesday, March 23, 2010

holy bible.


tadi pertama kali tengok dan pegang dengan tangan sendiri holy bible ni. siap belek2 lagi walaupun x la mengkaji. teruja. excited. curious. macam2 la rasa. huhu. alhamdulillah berpeluang sentuh dan teliti kitab injil yang dah diputar belit ni. terima kasih buat akak2 wonderpets. kak rozana dan kak sah. jazakillahukhoir. moga2 lagi bertambah rasa cinta semua kepada islam ( 'i' dan bukan 'I' ye). insyaAllah.