


astaghfirullahal'azim. astaghfirullahal'azim. astaghfirullahal'azim.
pertama-tama sekali just nak cakap. semua ni x pasti kesahihannya. bukan nak memburukkan mana2 pihak. tapi apa yang penting, kita lihat apa yang ada di sebalik hal ni. nak upload gambar pun x sanggup. faham2 la ye apa yang ada dalam pertandingan ratu cantik. kita umat akhir zaman. apa yang boleh kita buat? moga sama2 beroleh ibrah daripada kejadian ni.
LAS VEGAS – Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.
Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.
Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.
Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.
Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.
Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.