Tuesday, January 4, 2011

marathon.

alhamdulillah. even kelas asyik cancel dan hanya sign attendance untuk first week ni, masih ada perkara yang boleh dibuat sementara tunggu 'kuliah' bermula minggu depan. saya tahu dah lama saya x preview buku2 yang saya baca kat odyssey. bagaimana menyentuh hati. sinergi. dan beberapa buah buku lagi. tapi hari ni saya marathon 2 cerita. so, mahu share dengan kamu2. bagi yang free dan boring2 awal semester ni boleh la jenguk2 ye. insyaAllah bawa manfaat.
chill :)

sang murabbi. cerita tentang ustaz rahmat abdullah yang setia menyebarkan dakwah dan mentarbiyyah mereka yang disekelilingnya selama beliau masih hidup. cerita ni daripada indonesia, so maybe lambat sikit nak tangkap apa yang mereka cakap. overall, banyak beri inspirasi untuk kita dalam jalan dnt ni.

lion of the dessert. cerita tentang omar mukhtar. seorang jundullah di libya yang memperjuangkan kampung halamannya daripada ditawan tentera itali. cerita dalam bahasa inggeris dan ada subtitle bahasa melayu. senang nak paham. overall, dapat tahu sejarah saudara seislam kita di satu tempat yang lain yang bukan malaysia.

Sunday, January 2, 2011

rezeki.



result semester 3 dah pun keluar pagi tadi. x seperti yang diharapkan. tapi alhamdulillah masih ok. ihklaskan hati sebab pasti ni yang terbaik yang Allah nak bagi kan? chill la sahabat. insyaAllah ada masa lagi. strive untuk sem baru ni, ok?

pesan mak :
"xpe la kaklong. rezeki masing2. lain kali cuba lagi"

rasa terpujuk. alhamdulillah. so, mulakan chapter baru. semester terakhir takwim kuliah lama sebelum sesi kuliah baru september 2011 nanti. fight-oh uh!!!

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)”.
(HR Bukhari)

Saturday, January 1, 2011

jodoh.

alhamdulillah. masih dipinjamkan nyawa untuk memasuki tahun baru kalendar gregorian. azam tahun baru saya? sama macam azam tahun baru hijrah yang baru ni :)


14 jun 2010, jabal rahmah, arafah. bukit yang dikatakan tempat pertemuan nabi adam a.s. dan siti hawa setelah terpisah di bumi selama lebih kurang 200 tahun akibat murka Allah. bukit yang penuh barakah. dan saya dengar ramai yang berdoa untuk dapat jodoh yang diinginkan kat sini. kakngah sungguh2 nak naik tapi mak x galakkan sebab ayah pun x berapa sihat. xpe la mungkin belum rezeki. insyaAllah ada lain kali :)


oh ok. saya akui entri pasal jodoh mungkin bukan yang paling sesuai untuk memulakan tahun baru ni. lagi pulak belum ada pengalaman. huhu. cuma tergerak hati sebab hari ni ramai betul orang adakan walimah. even kat kawasan perumahan saya pun, satu lorong ada 2 kenduri. ok. orang kata, dah jodoh. barakallah buat mereka :)

dan ramai yang mendoakan saya zauj yang baik, sepadan etc. etc. untuk ulangtahun kelahiran saya yang ke 20, november lalu. ok tu memang sesuatu yang extraordinary since sebelum ni macam x pernah didoakan yang sedemikian rupa. apa2 pun, ameen.

jangan risau bila diskus pasal jodoh ni. sebab saya tahu ni memang antara tajuk cool yang diminati ramai. bagi saya sendiri, memang harus mula memikirkan jodoh kita sekarang walaupun belum mahu mendirikan masjid. sebab kita memang x tahu jodoh tu bila kan? cuma sekarang bukan prioriti la. borang bm pun x isi lagi. so jangan berlebihan. pikirkan pelajaran, dnt etc. ect. adalah lebih aula. semua dengan izin Allah. chill ok? :)

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa"
(Al-Furqan;74)