Sunday, February 28, 2010
laddu.
Friday, February 26, 2010
maulud rasulullah s.a.w.
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu.
(Surah Muhammad: Ayat 33).
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.
(Surah al-Hasyr: ayat 7).
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
(Surah al-Ahzab: ayat 56).
Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali.
(Riwayat Muslim).
Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan.
(Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
nota kaki : teringat sambutan maulidurrasul masa zaman sekolah dulu. buat sepanduk dan berarak satu kampung sambil berselawat. waahh. rindu zaman2 tu.
Thursday, February 25, 2010
25 februari 2010.
Sunday, February 21, 2010
operasi khidmat masyarakat.
nak cerita panjang pun susah. banyak sangat nak tulis. senang cerita ringkaskan je la.
famili opkim yang best. saya dapat kenal dan baik dengan beberapa orang student 3rd yang kami x pernah pun bercakap sebelum ni masa aktiviti dalam kumpulan. x terkecuali beberapa orang senior. kira ok la kan. boleh eratkan silaturrahim. bukan je dengan ahli keluarga angkat, tapi dengan ahli opkim ni sendiri. moga2 hubungan ni x terhenti sampai habis opkim je, insyaAllah.
famili angkat yang baik. mak, abah, kakde, abangde, long, kakyong, abangngah, amri, ila, lia, makde, shasha. both thumbs up. layanan mesra. sepanjang 5 hari ni kami asyik makan makanan kampung je. ulam jantung pisang dan pucuk betik. sambal belacan dan budu. macam2 jenis gulai. dan x lupa sambal dan gulai aserong. *kalau x silap la spelling ni* . mula2 memang x tahu menahu pun pasal menda ni *buat malu orang pahang je* . tapi last2 dapat belajar daripada cara nak membuat sampai la memasak guna aserong ni. hehe. x cukup dengan tu, belajar buat lepat pisang dan ubi ketuk. waahh. memang masyuk. dah cukup syarat nak kawen la kut. hehe. abaikan. x cukup dengan diajar skill memasak. kami diberi pinjam kereta la. motor la. memang best. merempit dalam kawasan kampung. dan paling x lupa kereta terundur masa naik bukit. dan ade masa yang hampir nak jatuh gaung. naudzubillah. memang cuak. tapi pengalaman. orang lain x merasa tapi kami ye. alhamdulillah semua selamat. huhu.
aktiviti yang berpatutan. memang mantap. cuma satu je masalah timing yang memang tipikal. tapi xpe la. hal dah lepas. yang penting, sukaneka dan explorace memang masyuk. masuk keluar sungai je kerja kami. waahh. mantap laa. memang puas hati. plus, dapat kenal rapat dengan orang2 kampung. cayalah. hehe. bakti kami tabur dan gotong-royong pun ok. cat mengecat. bersih membersih. memang sesuai la dengan nama operasi khidmat masyarakat. selain tu, lawatan ke perkampungan orang asli dan teknology park. dan x lupa kem IT serta program fasi bersama murid2 darjah 6. lagi satu x tinggal, makan2 dan malam kebudayaan. hehe. ok la ha.
masa yang terluang pulak kami habiskan dengan berjalan2 di pekan raub dan main air di lata lembik. kredit to ifa yang sudi drive. syukran ye. hehe. memang superb. especially masa main air di sungai lata lembik. sejuk sampai mengigil. waahh. xde perkataan lain dah. memang mantap.
tu je kut. gambar x upload lagi. hehe. x sabar. belajar banyak benda. dan yang paling penting sekali pengalaman. memang x boleh lupa. ape2 pun, moga kami semua dapat sesuatu daripada semua ni. insyaAllah. macam biasa. yang baik jadikan teladan, yang kurang baik jadikan sempadan ok.
menjulang masyarakat
Tuesday, February 16, 2010
walimah maksu2 tersayang.
best2. satu famili balik. daripada adik-beradik ayah yang 9 orang. sampai la cucu2 dan cicit2. kalau x silap, 51orang cucu yang ade masa walimah haritu. tu pun x campur abang abas dan wife die. kalau x dah 53orang cucu. tambah pulak 5 orang cicit. wah3. what a big family i got. sayang gambar dalam kamera x upload lagi. kalau x boleh post gambar2 hari tu kat sini. tp xpe laa. belum rezeki.
kenduri yang meriah. kami pun x lepas tangan. sibuk satu rumah. yang penting silaturrahim kami semua bertambah rapat. saya pun memang hepi sebab dapat berbual sakan dengan sepupu2 yang saya kurang rapat dan jarang berjumpa. memang best hangout sama2 bila dah ramai macam ni. waahh. kaklong sayang kamu semua.(^_^)
nota kaki : saya pakai inai atas sebab2 perubatan. jangan tanya lebih2 ye.
si andre punye pasal.
Friday, February 12, 2010
jumaat.
alhamdulillah. jumaat datang lagi. bersyukur sebab masih dapat melalui penghulu segala hari ni lagi. hari yang penuh hikmah. hari yang pasti kiamat akan berlaku. dan x lupa, hari yang memang disenangi oleh hampir setiap orang. ye laa. boleh relax2 sikit time weekend, betul x??
hari ni jugak saya ade dental appointment yang menggerunkan tu. huhu. tp alhamdulillah. puas hati. doktor yang peramah. servis yag baik. thumbs up laa. hehe.
hari ni start cuti mid semester. moga2 cuti ni membawa hal2 yang bermanfaat. walaupun x balik bainati jannati nun di kuantan, saya tetap excited nak cuti. waktu lapang terakhir sebelum separuh mati nak siapkan 5 assignment yang bertimbun tu. fight-oh uh!!!
nota jumaat khas untuk para rijal:
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.
wilson six.one comp.
Thursday, February 11, 2010
penting!!!
mula2 saya nak mintak maap. andai ade entri2 saya yang telah menimbulkan kekecohan atau ape2 isu yang kurang disenangi. saya sedar odyssey bukan blog yang sempurna. mata. hati. pemikiran. sekali lagi saya ingatkan. blog ni cuma sedikit perkongsian daripada saya yang kerdil ni. to keep my friends updated about me.
highest apology. terutama kepada pihak yang terlibat dengan majlis yang akan diadakan di palace nanti. saya x pernah terdetik dan xde sikit niat pun nak menyusahkan kamu semua. ape lagi mengatakan hal2 yang x baik pasal majlis ni.
saya nak jelaskan isu halal mengenai entri saya beberapa hari lepas. semua ni cuma pendapat saya yang masih kurang ilmu di dunia ni. saya x menuduh, apatah lagi menjatuhkan hukum. saya x kata makanan di palace x halal *lau x caye, tgk balik entri yg lpas* . saya tahu, palace x tersenarai dalam hotel yang mendapat pengesahan jakim. tapi tu x bermaksud makanan kat sana x boleh dimakan. alasannye, palace x minta pun pihak jakim untuk keluarkan surat pengesahan halal di sana. tolonglah faham. xde pengesahan halal, x bermaksud konfem haram. kalau kita tengok dalam hidup kita hari2 pun. semua makanan yang kita beli tu ade pengesahan halal ke??
saya minta kawan2 fikir betul2. xpe walaupun kejap je. saya pasti. yakin. sure. confirm. kawan2 adalah golongan mahasiswa mahasiswi terpelajar. boleh buat pertimbangan atas ape yang kita semua dengar. lihat. tahu. kalau masih ragu2 (mcm sy sndri), boleh terus berhubung dengan pihak jakim atau persatuan pengguna pulau pinang. saya pasti ade penjelasan yang baik untuk masalah ni. semuanye bergantung kepada diri sendiri je. nak ke x??
bukan senang nak manipulasi saya. jadi saya harap, kawan2 dapat jumpa saya secara baik (mcm sorg abg tu) jika masih ade salah faham. nanti kita boleh sama2 usahakan ape yang termampu k.
nota kaki : terima kasih sebab concern. ambil berat dan ambil tahu. sangat menghargai. (^_^)
Wednesday, February 10, 2010
curi2.
Monday, February 8, 2010
peringatan.
alhamdulillah. syukur rasanye bila punya kawan2 yang selalu ingatkan kita bila2 masa lupa. leka. lalai. lagha. alpa. kredit kepada kamu semua kawan2 saya. sayang kamu lillahi ta'ala.
memang fitah manusia a.k.a. insan. pelupa. saya x terkecuali. adekah sebab neurone kurang efektif? atau otak saya dah sarat dengan hal2 duniawi? huhu. naudzubillah. minta dijauhkan daripada terlalu kejar dunia sampai lupa akhirat.
cerita beliau. seorang sahabat yang pernah saya mention dalam blog ni masa saya mula2 aktif dulu. antara competitor saya dalam kelas bi masa di lower form dulu. pencinta seni yang saya kira banyak berubah. perubahan yang baik, insyaAllah. walaupun saya rasa probability kamu baca post ni 1% (sebab saya dah tukar url dan kamu mungkin x update), saya tetap selalu follow kamu. terima kasih dan ape2 je yang seangkatan dengannye sebab post entri2 yang no doubt, memang bermanfaat. saya harap kamu istiqamah. konsisten dengan penulisan kamu.
Sunday, February 7, 2010
MAK
malam anugerah kurshiah fasa 1. mula2 agak berkira-kira nak datang. tapi last2 datang jugak. overall memang ok. best. tema garden. hijau putih. cool weyh. hehe. nak upload gambar. tapi bila fikir2 balik, x perlu la kut. biarlah ape yang kami pakai malam tu secreto de amor.
puas hati la jugak walaupun saya tahu, fasa 1 x se'grand' fasa 2. fasa 2 di palace of the golden horses. alaa. tempat yang banyak kuda, orang selalu pose tangkap gambar tu. orang kata rugi x datang. "ye la, ko kan dah bayar rm100 untuk dinner2 ni.." . ouh xpe lah. kalau pihak MAK dapat kemukakan surat pengesahan halal makanan kat sana, insyaAllah saya gi. plus, saya mungkin ade hal hari tu. lagipun kalau nak kata saya rugi sebab buat kat 5 star hotel, saya dah pernah pergi pun hotel ni. siap bermalam lagi kat sana. kira xde la rasa rugi sangat.
pape pun,semoga semua pandai jaga diri bila ade menda2 dinner macam ni. moga pegangan x tergugat. moga iman masih kuat. moga segalanye yang terbaik.. (^_^)
nota kaki : teringin nak main kuolintang. siapa nak ajar??