Saturday, June 6, 2015

cinta.


dakwah yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat adalah dakwah kerana cinta.

cintakan Allah.
cintakan diri.
cintakan manusia.

memang berbeza berbuat kerana taat dan berbuat kerana cinta.

menyeru manusia atas dasar cinta bukanlah semudah kata-kata yang kita hamburkan. ia memerlukan lebih daripada itu. hakikatnya menyeru kerana mahu menyelamatkan diri sendiri jauh lebih mudah. kerana manusia itu fitrahnya selalu memikirkan diri sendiri, sentiasa mahukan yang terbaik untuk dirinya. tapi bila dikatakan dakwah adalah cinta, memang sifatnya menuntut segalanya daripada seorang hamba. dan harus diusahakan untuk merasakan dakwah atas dasar cinta kepada manusia yang selainnya. harus cuba merasakan keberadaan manusia yang dicampakkan ke neraka itu sebagai satu bencana.

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang
terhadap orang-orang yang beriman.
(At-Taubah 9:128)

sebagaimana rasulullah saw mencintai kita, dan sangat menginginkan iman ini untuk kita, seperti itulah kita juga perlu berbuat kepada manusia yang ada.

http://quranicgen.com/wp-content/uploads/2013/03/pengorbanan.jpg

dakwah kerana cinta. dan kerana dakwah sepatutnya adalah kecintaan. maka usahakanlah juga walaupun tak mudah dan moga Allah kurniakan kekuatan yang melata. di saat ramai sedang memerangi kertas-kertas akademik, moga tak lupa juga memerangi manusia. memerangi manusia dengan cinta.

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."
(quoted from merentas horizon)

T_T

No comments:

Post a Comment