Tuesday, November 24, 2009

pacat. darah.

alhamdulillah..petang semalam, kira2 pukul 3.40 ptg berakhir sudah kem brotherhood of muslim camp a.k.a. BroMC..best2..xde ape dah yang boleh saya kata..kem ni memang best..seingat saya, ni la satu-satunya kem yang berunsur islami yang pernah saya join sepanjang hampir 19 tahun saya hidup..alhamdulillah saya telah ditakdirkan mengikuti kem ni..

22 november 2009
seawal jam 8 pagi kami dikehendaki berkumpul. akibat sedikit salah faham, bas yang ditugaskan mengambil kami tiba sejam lewat. la ba'sa. mungkin ujian sebelum kem bermula. kemudian tiba di tapak perkhemahan sri raudhah, gombak. kem dimulakan dengan sesi pengenalan. seterusnya, sesi ice breaking. kemudian slot riadah yang mana kami dikehendaki meniti pelbagai macam titian gantung *bak kata kem komander, titian sirat* yang sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal kami. dan malam hari pula, slot ceramah daipada kapten azizan mohammad, dari kem sungai udang melaka. kemudian disusuli pula dengan aktiviti night walking. sudah nasib, saya merupakan peserta pertama yang dilepaskan dahulu. *pair la*

23 november 2009
pagi hari dimulakan dengan slot ldk yang kemudiannya diteruskan dengan sesi ceramah daripada en. shakireen bin karkular rovinjee a.k.a. bro shah. tajuknya islam sebagai ad-din. selaku, seorang yang bergelar mu'alaf, bro shah telah banyak menyedarkan kami. terasa pula diri ni kurang bertanggungjawab dalam menyebarkan dakwah terhadap yang bukan muslim. saya belum kuat. tapi, saya akan cuba juga suatu hari nanti, insyaAllah. selepas itu, aktiviti diteruskan dengan explorerace *explore and race tau!!!* memang menguji kesabaran pabila banyak kali ditipu oleh fasi2 yang ade. huhu. tapi alhamdulillah, memang best. slot malam pula diteruskan dengan ceramah daripada en. amir idris *kalau x silap la nme dye* seorang pakar motivasi yang sangat bersemangat. seterusnya, majlis perasmian BroMC oleh yb dr. hajah halimah ali, exco kerajaan negeri selangor. lewat malam pula malam kesenian islam yang mana kami dikehendaki membuat persembahan yang persiapannya x sampai sejam pn. hehe. persembahan ape?? biarlah rahsia. yang penting muslimin dan muslimat diasingkan.

24 november 2009
hari terakhir kami dimulakan dengan jungle trekking. walaupun ini bukanlah jungle trekking paling sukar yang pernah saya join, tapi ni merupakan jugle trekking yang paling best yang pernah saya join. merentas hutan sambil menikmati alam ciptaan Allah. subhanallah. pelbagai benda yang kami jumpa tertulis perkataan Allah. saya cukup teruja. cukup2 rasa bersyukur kerana menyertai kem ini. selain tu, kami juga dapat merasa mandi air terjun. masyaAllah, memang seronok. sejuk. lagi2 sesama kami je, muslimat. pada akhir kem pun seronok. kami main paintball. ye paintball!! free of charge. kalau nak main kat luar pun paling kurang perlu bayar puluhan ringgit. syukur alhamdulillah team saya menang walaupun saya syahid dek tertembak pellet paintball. hoho. memang menyakitkan tapi sangat2 berbaloi. dengan suasana hutan dan sebagainya. pulang ke kem, slot terakhir kami iaitu resolusi dan majlis penutup.

oh memang susah nak digambarkan walaupun dengan menulis. terlalu banyak perkara yang baik dan menyeronokkan sepanjang kem ni. setiap aktiviti pula xkan lari daripada islam itu sendiri. ye betul. setiap aktiviti tanpa ade yang terkecuali. semuanye berkait dengan pergantungan kepada Allah dan mencari keredhaan-Nya. moga2 ukhuwwah sesama kami xkan terkubur walaupun kem ni dah pun berakhir. oh ye. kem ni juga disertai oleh pelajar sekolah dan universiti2 lain seperti uia dan uitm. ape2 pun, diri ini sangat bersyukur. alhamdulillah. memang x tergambar. syukran dan tahniah buat semua nadi penggerak untuk gen1 *gelaran bagi kami, bromc 09* . hanya Allah mampu membalas jasa baik anda semua. moga berjumpa lagi di hari yang lain, insyaAllah..

muslimin. asadullah.
muslimat. saifullah.
nahnu ansorullah.
"dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia xkan menjadikan kesukaran buatmu dalam agama..."
Al-Hajj;78

4 comments:

  1. wah..bestnya aktvt dia..jeles2..

    ari tu fakulti de wat gak camni..KIBSI(kembara ibnu sina)..tp tk dpt join coz diaorg wat tme paper last..

    jeles2..

    ReplyDelete
  2. iye2.. best2..
    kembara ibnu sina?waa..nme pn da bunyi best..
    xpe la..mgkn bkn rjki sue nk gi..

    ReplyDelete
  3. fareha...amboi...ingat noh muslimin!!!
    muslimat!!!...nahnu!!!...haha
    memang best...
    abg zul tahu la yang kita pegi kem tu...abg zul kim salam kat sume adik2 dia yang join...!!! hehe...

    ReplyDelete