Thursday, January 28, 2010
PRK
Wednesday, January 27, 2010
bongkah kayu.
Sunday, January 24, 2010
berehat sebentar bersama2 blog.
Sakit Hati, Tulang Sendiri ?
www.iluvislam.com
Di Forwad kan Oleh: Edwardsiella
Editor: Afdhal87
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....
Nota Kasih Sayang :
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Wednesday, January 20, 2010
better start now.
dah mula kira2. minggu depan test 25%. next week test 40%. w0w! saya patut mula sekarang. dah x boleh tangguh2 macam dulu. dah xde kejap2. assignment pulak ade 5 untuk sem ni! 5 yang semuanye boleh dikatakan susah. tambah tolak darab bahagi dengan aktiviti kolej dan universiti lagi. cuak. gerun. dapat urus masa dengan baik x ni? macam x pernah excel je dengan time management ni. tolong jangan sengal. macam mana pulak dengan kekasihku internet ni? adoyai. terpaksa curang. huhu. moga dapat buat yang terbaik dengan izin-Nya. AMIN...
Monday, January 18, 2010
お祝いの言葉!
kerugian.
Sunday, January 17, 2010
short trip.
alhamdulillah selamat pergi dan balik. trip to genting highlands. yup. fun, fun and..what else could i say?? it was fun. i'd like to express my gratitude to nonoe, tq ajak gi. not to forget, oya yang menemani. and the most important credit goes to abg jebat. yang dah tanggung semua ktowg punya expenses. x keluar satu sen pun ktowg hari ni. siap dapat souvenir lagi. huu..
dah lama x pergi. kalau x silap last time masa sekolah dulu. tapi hari ni dapat gak merasa lagi. hehe. suka. fresh. sejuk. segar. nyaman. puas. ha ape lagi nak cakap??senang cerita enjoy la. siap keluar asap2 dari mulut lagi. nak ambil wuduk pun macam pakai air dari peti ais. waa. konon2 macam kat luar negara laa. hehe. poyo.
naik cabel car. main menda2 pelik kat outdoor themepark. snap banyak gambar. dan ape2 la yang seangkatan dengannye. mungkin semua menda ni x mendatangkan banyak manfaat. tapi alhamdulillah tadi dapat jugak tadabbur alam ni. insyaAllah masih ade pengisian untuk hati ni walaupun hampir sepanjang hari bersuka ria. kami banyak kali stop di tepi jalan. menikmati keindahan alam ciptaan Allah. subhanallah. memang cantik. harap dapat datang lagi lain kali, insyaAllah..
Thursday, January 14, 2010
20 ke 17.
T_T
Wednesday, January 13, 2010
aku hebat.
Monday, January 11, 2010
free our mind.
http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.html
tapi kat sini saya nak kongsi sesuatu. salah satu yang menarik minat saya dalam post ni.
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Secara kesimpulannya para kafir agen dajal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.
Firman Allah:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah, 168)
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
(Al-Maidah, 88)
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
(an-Nahlu, 114)
hijrah cinta updated.
Dan sungguh, Kami telah mengutuskan Musa dengan membawa tanda-tanda (kekuasaan) Kami, dan Kami perintahkan kepadanya, "Keluarkanlah kaummu daripada kegelapan, kepada cahaya terang-benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.
Ibrahim;5
pada awal seminar, beliau menerangkan mengenai peristiwa hijrah kepada kami. mostly beliau menceritakan semula mengenai sejarah serta implikasi penggunaan kalendar hijriah dan jugak masihi. kemudian apa itu hijrah??
Hijrah tidak akan berakhir sehingga berakhirnya taubat. Taubah tidak akan berakhir sehingga terbit matahari daripada barat.
HR Ahmad
antara maksud hijrah adalah rangsangan untuk berubah. yang pasti, ape yang kita mahu adalah hijrah ke arah yang lebih baik. hijrah menjadi yang lebih hebat, insyaAllah.
Orang yang hebat, adalah mereka yang menongkah arus.
HR Tarmidzi
bagaimana pulak nak jadi orang yang menongkah arus?? pesan beliau, biarlah slowly. jangan extreme sangat nak berubah mendadak.
Maka tetaplah engkau (Muhammad) di jalan yang benar sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan.
Hud; 112 dan 113
konklusinye bila dah decide nak berhijrah, jangan overdo dan jangan terpengaruh dengan orang yang zalim (harus ade uzlah nafsiah) . aware dengan konsep iceberg. selalu bersama jemaah, bercampur dengan orang ramai dan attach diri dengan masjid.
sekarang, boleh relate dengan cinta. hehe. baru nak masuk bab cinta. saya punya pandangan sendiri bila berbicara pasal cinta. tapi x perlulah diberitahu sekarang. back to the point, cinta juga perlu masa untuk kita sesuaikan diri. dan jangan pulak terpedaya dengan anasir2 luar yang x baik yang boleh rosakkan cinta tu sendiri. minta petunjuk daripada hati (istaqhti qalbak) .
kat sini, ustaz hasrizal banyak berkongsi pengalaman, lebih daripada yang fakta. jadi kami hanya mendengar dan x perlu menyalin. bagi yang mahu tahu lebih mengenai kisah hidup beliau, boleh ke saifulislam.com ye.
ni serba sikit yang boleh dikongsi. moga2 kita semua dapat manfaat bersama daripada ape yang beliau sampaikan, insyaAllah.
Sunday, January 10, 2010
guilt won't eat me.
Katakanlah , “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya. “Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah MAha Berkuasa atas segala sesuatu.
Ali-imran 29
ape yang saya rasa?? x la gembira. x pulak sedih. mungkin rasa bersalah dalam rasa lega. hanya Allah Maha Mengetahui.
Saturday, January 9, 2010
hijrah cinta.
nanti akan diupdate ok.. wifi demam.. so, xleh nk online lama2..
Thursday, January 7, 2010
penat.
alhamdulillah.. sempat jugak siap lab report tadi.. hectic!! baru lab yang ketiga.. tapi so far, ni yang paling kalut.. huhu.. teringat pulak kenangan masa lab bio di pasum.. rindu maa.. V3 yang havoc + bising + ceria.. either habis lab paling awal, atau habis yang paling lambat.. hehe.. x kesah la semua tu.. kami tetap balik sama2 dan sanggup tunggu kawan2 yang belum siap report.. sekarang dah beda.. pape pun, gudluck untuk semua.. chaiyok2!!
Wednesday, January 6, 2010
muka buku.
Apa hukum menggunakan Facebook? Mudah cerita, apa hukumnya berurusan dengan orang yahudi dan nasrani? Hukumnya yang asal adalah dibenarkan.
Ada hadith meriwayatkan seperti berikut:
“Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda SAW” (Riwayat Al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Facebook, hanya akan menjadi haram apabila sah Mark Zuckerberg(Pengasas Facebook) membuat peerjanjian hitam putih dengan Israel untuk menghapuskan saudara-saudara kita di Palestin. Masalahnya sekarang, perkara itu tidak dapat dibuktikan.
Lebih mengecewakan, Majalah Al-Islam yang dikeluarkan pada September 2009 telah mengeluarkan artikel bertajuk seperti berikut:
“Zuckerberg Guna Facebook Untuk Bunuh Penduduk Palestin”
Ini satu tajuk, dan di dalam tajuk ini ada unsur tuduhan. Malangnya, di dalam artikel yang bertajuk ‘panas’ itu, tidak disertakan bukti untuk menyokong apa yang dibawa oleh tajuknya.
Soalan mudah saya lontarkan kepada diri saya dan anda.
Kenapa anda meggunakan Facebook?
Satu lagi soalan mudah.
Bagaimana anda menggunakan Facebook?
Facebook boleh menjadi haram, apabila ia anda gunakan sehingga melontarkan diri anda kepada kerosakan dan kehancuran. Allah SWT berfirman:
“Dan janganlah kamu melontarkan diri kamu ke dalam kerosakan” Surah Al-Baqarah ayat 195.
Justeru, kalau kita menggunakan Facebook sehingga kita meninggalkan solat, kita gunakan Facebook sehingga merosakkan Aqidah, kita guna Facebook sampai rosak studi kita, kita gunakan Facebook sampai satu tahap tidak keluar rumah langsung, dan perkara-perkara di sekitar perkara-perkara yang saya sebutkan ini. Kalau semua ini, atau salah satu daripadanya berlaku ke atas diri kita, maka haramlah Facebook itu ke atas kita.
otak tiruan.
bertempat di tepi Tasik Geneva, profesor berusia 47 tahun dan berketurunan israel itu sedang giat membina otak tiruannya yang dinamakan projek Otak Biru dengan menggunakan silikon, emas dan gangsa. hasil ciptaan yang terbaru itu mungkin dianggap sejenis makhluk dan dalam tempoh sedekad, makhluk rekaannya itu boleh berfikir, mempunyai perasaan dan lebih hebat lagi mampu jatuh cinta.
"Kami akan melakukannya menjelang 2018. Kami memerlukan banyak wang tetapi saya memperolehnya,” kata Profesor Markram.
“Cuma segelintir saintis di dunia ini yang memiliki sumber kewangan seperti ini,” tambahnya.
Sumber : Kosmo Online
hal ni buat saya tertanya2. ada x mereka ni betul2 berfikir. mampu atau x mencipta sesuatu yang hebat seperti ciptaan Allah yang agung ni. otak = akal. hatta surah dalam al-quran yang x bersifat hidup tu pun, xde seorang manusia pun yang mampu cipta. apatah lagi sesuatu yag hidup. siap punya fikiran dan perasaan lagi. pelik2. wallahu'alam...
Tuesday, January 5, 2010
new look.
Monday, January 4, 2010
apa alasan kamu?
apa yang anda rasa atau fikir bila tengok gambar di atas?? fikirlah biarpun x lama.. adik ni menjadi imam walaupun x berkaki.. imam kepada kawan2 yang normal pulak tu.. ini kan pulak kita yang lebih dewasa dan insyaAllah jauh lebih matang daripada adik ni.. saya serius kesal dengan beberapa orang rakan yang x mahu even mencuba pun untuk menjadi imam. x sedia dan x layak katanya. tapi sampai bila?? tepuk dada, tanya diri, tanya iman..
ataupun kita nak kalah dengan saudara baru kita ni?? oh ye ni adalah bekas pemain bola sepak daripada liverpool yang baru saja memeluk islam baru2 ni.. abel xavier atau nama islamnye faisal xavier.. sumber maklumat adalah daripada sabahdaily.com.. sejauh mana kebenarannye saya x tahu.. wallahu'alam.. tapi bukan tu yang patut dipersoalkan.. kita menerima saudara seislam yang baru setiap hari.. just give it a thought.. siapa yang lebih terjaga iman dan islamnye?? siapa yang lebih tahu, siapa yang lebih alim pasal islam?? renung-renugkan dan selamat beramal *dr. izi, pnjm jap ye* .
Sunday, January 3, 2010
Saturday, January 2, 2010
daurah ISK.
ISK a.k.a. ini sejarah kita.. basically pasal sirah.. which is very good since i don't like his story that much.. tapi alhamdulillah memang x boring.. timing pun boleh kata almost perfect.. walaupun sekejap je, pengisian memang padat dan ummph !!
jumpa ramai akhwat dari um, uia, utm, upm, masterskill etc.. yang lagi syoknye, akhwat yang balik bercuti dari new zealand dan jepun pun sanggup korbankan masa cuti dan join kami di sini.. waahh.. memang gempak laa.. plus, semuanye perempuan.. so, agak free laa nak buat ape2 aktiviti..
jumpa senior2 eskay pulak tu.. kak halini dan kak amar.. waahh.. seriously excited.. lagi2, jumpa kakak naqibah lama.. kak fauhan, kak sarah, kak zira, kak hajar.. kak ery pun join skali.. riuh.. hehe.. x cukup kawan lama, buat pulak kawan baru.. ngee~
kredit kepada barisan adhoc dan semua peserta.. kamu2 memang best laa.. moga2 ukuwwah kita berkekalan.. uhibbukum wa ukhuwwah fillahi abadan abada.. insyaAllah..
nak join 2nd daurah.. tapi ade walimah di kampung pulak.. huhu.. xpe la.. dah bukan rezeki..