Sunday, March 7, 2010

cawan.


teringin berkongsi satu kisah. kisah cawan yang cantik.

satu hari, sepasang datuk dan nenek berbelanja di sebuah kedai cenderamata untuk membeli hadiah buat cucu mereka. sedang asyik berjalan2, mereka tertarik kepada sebuah cawan yang sangat cantik. mereka memuji2 cawan tersebut. tiba2 cawan itu bersuara menceritakan perihal hidupnya sebelum ini.

dahulu sebelum cantik dan dikagumi ramai, cawan hanyalah selonggok tanah liat yang x cantik dan x berguna. namun suatu hari seorang penjunan dengan tangan kotornya melemparkan cawan ke atas sebuah roda berputar. hal yang demikian membuatkan cawan berasa pening dan akhirnya meminta untuk dilepaskan. namun orang itu berkata "belum". lalu cawan ditekan dan ditenyeh2 dengan berulang kali. cawan meminta untuk diberhentikan namun teriakannya x diendah. kemudian cawan dibakar di dalam api. akibat x tahan dengan panasnya api tersebut, cawan merayu2 agar diangkat. namun orang tersebut tetap membalas "belum'. cawan berasa sangat terseksa. tapi akhirnya turut dilepaskan. cawan merasakan penderitaan dirinya sudah tamat. namun panas x perpanjangan dan hujan di tengah hari. cawan kemudiannya diserahkan pula kepada seorang wanita untuk diwarnakan setelah sejuk. asapnya begitu memualkan. cawan berteriak agar wanita itu berhenti. namun jawapan yang sama turut diberikan, "belum". lebih parah lagi, cawan dibakar untuk kali keduanya dengan suhu yang lebih tinggi daripada sebelumnya. cawan berasa sangat sakit dan menjerit agar dilepaskan. namun jeritannya x didengari. setelah puas disiksa, cawan diangkat dan dibiarkan sejuk. kemudian cawan diletakkan berdekatan kaca. alangkah terkejutnya cawan apabila melihat refleksi dirinya di hadapan cermin tersebut. berdiri sebuah cawan yang sangat cantik. segala kesakitan dan penderitaan yang dirasai sebentar tadi hilang sekelip mata. cawan berasa sangat gembira.

nenek dan datuk tadi terdiam membisu lalu pulang dan menceritakan hal itu kepada cucu mereka.

pengajaran :

seperti inilah kehidupan membentuk kita. dalam perjalanan hidup, pelbagai payah jerih akan dilalui. x menyenangkan. sakit. penuh penderitaan dan air mata. tapi inilah satu2nya jalan yang akan merubah kita menjadi cantik. jangan lupa bahawa ujian yang diberikan oleh Allah kepada hamba2nya tidak melebihi upaya yang mereka miliki. ertinya x ada alasan untuk kita jatuh dan melakukan dosa dalam hidup kehidupan seharian kita. mari kita renungkan sejenak. berdoalah agar iman ini dikuatkan. jangan ambil hati, kita sedang dibentuk. proses2 membentuk inilah akan menjadikan kita manusia yang lebih cantik di dunia dan di akhirat kelak, insyaAllah.

4 comments: