Tuesday, March 2, 2010

malu.


malu itu sebahagian daripada iman

Malu : Hadiah Allah s.w.t. untuk wanita.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.”
(Hadith riwayat Baihaqi)

Wanita walau apapun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi. Jahat diminati. Apabila memakai pakaian yang menjaga aurat dilihat menawan. Berpakaian seksi dilihat menggoda. Dan pelbagai lagi yang menarik perhatian.

Oleh itu, Allah s.w.t. mengurniakan sifat malu yang lebih kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 akan ada orang yang akan nampak. Lagi2 Allah yang Maha Melihat. Hendak mendedahkan aurat takut kalau2 ada yang akan mengganggu.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Pedulikan apa orang kata. Pedulikan kalau orang tengok. Tidak kisah kalau ada orang mengganggu dan mengusik. Betulkah tu?

“Itu hak asasi saya.” katanya mencari alasan. Ooh... begitu. Habis tu hak asasi Allah bagaimana? Ya. Hak Allah sebagai Tuan yang paling berhak untuk ditaati oleh hamba-Nya. Tepuk dada, tanya diri, tanya iman.

nota kaki : malu biar bertempat...:)

8 comments:

  1. malu pd dri sndri..dan malu jga utk bertepuk tmpr,pegng tngn dgn lelaki,tk pkai tudng..malu dan tkut utk b'buat demikian..

    ReplyDelete
  2. tq diyanah..hanya menyampaikan pe yg faa tahu..

    ReplyDelete
  3. sue, kte pn trkena..xpe laa..sama2 ingatkn dri sndri..insyaAllah trpelihara..

    ReplyDelete
  4. i like this ;)
    dgn rase 'malu-segan' elak dari benda yg tak baik..

    ReplyDelete