Monday, March 15, 2010

kem pemantapan rohani.

alhamdulillah. berakhir sudah projek terakhir balai islam untuk sesi ni. kem pemantapan rohani bertempat di kem sri raudhah, gombak dari 12-14 mac 2010. sebelum tu, mintak maap atas segala ape yang x patut yang mungkin saya dah lakukan secara sengaja atau x sepanjang kem ni berlangsung. terima kasih buat semua nadi penggerak kem ni. tanpa anda semua x mungkin kem ni dapat berlangsung dengan baik.

overall, kem ni ok. ok je?? bukan la tu maksud saya. pada saya kem ni dah cukup berjaya jika diambil kira dugaan2 yang terjadi sebelum kem ni dapat dilaksanakan. syukur sangat. bagi yang pertama kali diadakan, saya rasa projek ni memang sukses. tahniah buat semua especially pengarah projek dan pengerusi balai islam sendiri.

aktiviti yang diadakan semuanye best. mungkin saya bias sebab saya memang suka program2 yang macam ni. tapi mungkin x. kawan2 yang lain pun setuju dengan saya. ice breaking, qiamullai *:)* , riadah, ceramah oleh ustaz zanizal, LDK mencari kebenaran dan membina keyakinan, explorace, paintball, majlis perasmian penutup, bbq, unggun api, night walk, jungle trekking etc. senang cerita semuanye memuaskan la.

post mortem. bedah sana sini untuk tahu dan perbaiki segala kekurangan kem kali ni untuk kem yang akan datang jika ade insyaAllah. secara keseluruhannya kem ni memang berjaya. cuma sikit masalah tipikal yang saya pasti x lari daripada program2 yang biasanye dijalanakan. masalah pengurusan masa. tapi bagi saya, masalah ni berpunca daripada kita semua sendiri. kalau kita semua ade disiplin yang baik, lewat xkan jadi masalah. tapi x jugak. saya tahu terdapat beberapa masalah dengan bilik air muslimat. dengan kepala paip yang tercabut dan sebagainye. hehe. memang geli hati bila ingat semua tu.

selain semua ni, saya juga terkesan dengan ukhuwwah kami yang semakin rapat dalam kem ni. alhamdulillah. memang baik. teringat pulak entri terakhir laksamana angkasa kat langit ilahi yang saya baca jumaat yang lepas. moga2 kami semua dapat jadi seperti hilal asyraf dan sahabat beliau, tengku fahmi. kalau x ingat post yang mana boleh klik sini.

ape2 pun, ni cuma sedikit pendapat saya yang x seberapa dan masih kurang pengalaman ni. ape yang penting, moga semua yang kita lakukan ni dirahmati Allah dan dapat beri manfaat kepada semua yag terlibat. moga rohani kita lebih mantap. moga kem ni dapat diteruskan lagi kelangsungannye untuk masa yang akan datang. AMIN.

nota kaki : x sabar nak upload semua gambar...:)

No comments:

Post a Comment