Tuesday, March 2, 2010

hak asasi wanita.


dah pukul 2.40 pagi. tapi x boleh tido. nak share ape yang saya baru taip tadi.

Hak Wanita : Antara Hukum Allah dan Pelaksanaan Insan.

Islam telah tercatat dalam sejarah bahawa ia adalah pembela agung wanita yang tiada tolok bandingnya.

Sebelum kedatangan Islam, hak-hak asasi wanta tidak dibincangkan atas nama system agama atau tanggungjawab keagamaan dalam wajah yang lengkap. Jika ada pun pembelaan hak mereka adalah atas ihsan dan simpati lelaki semata-mata. Bahkan dalam sesetengah masyarakat,wanita dianggap sial dan tidak mempunyai nilai.

Dalam masyarakat Babylon,jika suami membunuh seseorang maka isterinya dihukum mati menggantikan tempatnya. Masyarakat Greek menganggap wanita lebih rendah nilainya daripada lelaki. Pelacuran pula adalah amalan biasa di setiap peringkat dalam masyarakat Greek dan Rom. Masyarakat Mesir kuno menganggap wanita sebagai lambing syaitan. Masyarakat Arab mewarisi tradisi membunuh anak perempuan hidup2. Bagi masyarakat Hindu pula lebih dahsyat iaitu membakar seorang isteri bersama mayat suaminya.

Ini menyebabkan bekas Ketua Hakim Mahkamah Delhi, Mr. Rajindr Sachar pernah menyebut: ‘Dari segi sejarahnya Islam telah lama begitu terbuka dan prograsif dalam memberikan hak pemilikan harta untuk kaum wanita. Satu hakikat yang pasti bahawa tiada hak pemilikan harta yang diberikan kepada wanita Hindu sehingga tahun 1956 apabila Hindu Code Bill dihapuskan. Sedangkan Islam telahpun memberikan hak2 ini untuk wanita muslim sejak 1400 tahun yang lampau.”

Wahududin Khan. Women between Islam and Western Society. pg.46, New Delhi : The Islamic Centre.

moga2 kita dapat sesuatu daripada semua ni, insyaAllah...

2 comments:

  1. Alhamdullillah..kita tdk lahir di zamn t'sebut dan b'syukur,Islam tu pgngn hidup kita..

    ReplyDelete
  2. syukur kita da dlahirkan Islam..lau x mmg xtaw la cane nasib kita skang..

    ReplyDelete